seismik

‘Saya Sudah Berkhatan’ - Budak Dihalau Dari Saf Depan Tulis Surat Kecewa, Ini Respon Mufti

Suka bila baca penjelasan mufti tentang perkara ini.

Cover image via Berita Harian & Yadim

Baru-baru ini tular di sosial media mengenai surat terbuka seorang kanak-kanak lelaki yang mempersoalkan hukum sama ada budak-budak harus solat di saf belakang

Kanak-kanak yang memperkenalkan dirinya sebagai Nadzrul Zarfan Sharul Azry menulis surat tersebut kepada imam, pengerusi dan juga ahli jawatankuasa surau berdekatan rumahnya.

Tambahnya lagi, dia turut membandingkan layanan yang diterima semasa berada di Mekah dan Madinah di mana tiada diskiminasi berkaitan perkara tersebut malah dia juga pernah berpeluang untuk menunaikan solat betul-betul di hadapan Kaabah.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pinterest

Baca surat penuh Nadzrul di bawah:

Perkara tersebut kemudiannya mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang membalas surat terbuka itu di laman Facebook rasmi miliknya pada 5 Disember 2019

Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Image via Mufti Wilayah Persekutuan / Facebook

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 23 ribu shares dan juga 2.4 ribu komen daripada warganet. 

Baca perkongsian penuh di bawah:

"Assalamualaikum wbt. Ke hadapan anakanda Nadzrul Zarfan bin Sharul Azry bin Kasim bin Mat. Pakcik ada membaca surat anakanda yang ditularkan di media sosial. Ada yang tag pakcik di Twitter dan tanya berhubung kedudukan saf kanak-kanak dalam masjid/surau.

"Sebenarnya selaku Mufti Wilayah Persekutuan, pakcik dah ulas isu ini lama dahulu, tahun 2016 dalam Bayan Linnas bertajuk Masjid dan Kanak-Kanak.

"Ringkasnya, di dalam Sahih al-Bukhari, no. 380 terdapat sebuah hadith yang menceritakan tentang bagaimana Rasulullah SAW menyusun saf kanak-kanak dengan mengarahkan Anas bin Malik RA berada bersama-sama kanak-kanak kecil dan kemudian Rasulullah SAW solat bersama mereka.

"Al-Imam al-Mawardi rahimahullah di dalam kitabnya al-Hawi al-Kabir: dan telah berkata sebahagian ashab kami, yang lebih utama itu adalah dengan meletakkan kanak-kanak (di dalam saf) di antara dua lelaki kerana lebih membawa kanak-kanak tersebut kepada mempelajari pergerakan-pergerakan solat.

"Begitu juga kata al-Khatib al-Syarbini: Kedudukan sebagaimana yang disebutkan (kanak-kanak di belakang) ialah apabila mereka semua datang pada waktu yang sama. Sekiranya kanak-kanak hadir terlebih dahulu, tidak boleh ditarik mereka bagi memberi laluan kepada lelaki dewasa.

"Ini sebagaimana jika mereka terlebih dahulu masuk ke saf pertama, maka sesungguhnya mereka lebih berhak, pada pendapat yang sahih.

"Ia sepertimana dinukilkan dalam Al-Kifayah daripada Al-Qadhi Husain dan selainnya. Beliau memperakukan hal tersebut. Ini kerana mereka (kanak-kanak) merupakan daripada jenis mereka (lelaki dewasa), tidak seperti khunsa dan wanita.

"Sesungguhnya kanak-kanak hanya diletakkan di belakang daripada lelaki dewasa sebagaimana kata Al-Azraie apabila saf lelaki tidak muat untuk mereka. Jika tidak, hendaklah disempurnakan.

"Maknanya anakanda, tak salah apa yang anakanda buat tu. Bagus duduk dengan orang-orang dewasa. Belajar cara solat dengan lebih sempurna. 

"Tahniah pakcik ucapkan. Kalau ada orang kata nanti terputus saf bila ada budak-budak antara orang dewasa, cakap pada dia, Mufti Wilayah Persekutuan belum jumpa lagi mana-mana ulama’ yang kata begitu," tulisnya. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Beliau juga turut memberikan penjelasan tentang keadaan saf mengikut bilangan makmum dan jantinanya

"1. Jika seorang imam bersama dengan dua orang ataupun lebih dari makmum lelaki, ataupun di belakang imam tersebut terdapat seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak maka keduanya berada di dalam satu saf di belakang imam.

"2. Sekiranya seorang imam diikuti oleh dua orang makmum lelaki dan seorang perempuan, maka kedua orang lelaki tersebut berada dalam satu saf di belakang imam manakala perempuan tersebut berada di belakang keduanya.

"3. Dalam keadaan ramainya makmum lelaki berserta perempuan dan juga kanak-kanak bersama imam maka kedudukan para makmum lelaki adalah di saf pertama atau kedua-dua saf yang paling hampir dengan imam.

"Kemudian kanak-kanak berada di belakang mereka. Manakala terdapat suatu pendapat di sisi para fuqaha bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa diletakkan di antara dua orang lelaki dewasa itu seorang kanak-kanak supaya dia dapat mempelajari pergerakan-pergerakan solat," jelasnya lagi. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Dalam pada itu, beliau turut memberi cadangan kepada pihak masjid dan ibu bapa yang ingin membawa anak-anak mereka ke sana

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

"1. Jika kanak-kanak teramat kecil dan susah untuk di jaga serta mengganggu Jemaah, maka aulanya tidak di bawa ke masjid.

"2. Jika kanak-kanak tidak mengganggu namun dibimbangi oleh kedua ibu-bapa akan keadaannya, maka boleh diletakkan di sebelah ibu-bapanya. Saya syorkan dalam keadaan sebegini, ibu-bapa untuk bersolat di tepi dinding (hujung saf) dan diletakkan anaknya itu dihujung sekali

"3. Jika kanak-kanak mampu berdikari, aulanya diletakkan di saf kanak-kanak. Tetapi kanak-kanak tersebut telah berada di saf pertama sejak awal, tidak perlu menghalau mereka ke belakang.

"4. Sayugia juga wujudnya penyelia yang mengawasi dan membimbing kanak-kanak di dalam saf dan solat mereka agar kanak-kanak dapat melakukan solat dengan sebaik mungkin.

"Di samping itu, dia dapat menasihatkan kanak-kanak dari berbuat bising dengan mengajarkan adab-adab dan meraikan kehormatan masjid.

"Tahniah sekali lagi pakcik ucapkan kepada anakanda Nadzrul. Pakcik doakan anakanda sentiasa menjaga solat lima waktu dan berusaha mendapatkan saf pertama setiap kali solat.

"Kalau jumpa pakcik di mana-mana nanti, kenalkan diri ya. Ada hadiah untuk Nadzrul," tulisnya. 

Semoga dengan penjelasan tersebut, semua orang tidak lagi mendiskrimani kanak-kanak di surau atau pun masjid ya. Syabas kepada adik tersebut yang berani bertanya dan memberikan pandangannya tentang perkara ini.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel tentang Mufti yang lain:

You may be interested in: