seismik

Tak Kisah Nyanyi Di 'Show' Kecil Dan 8 Perkara Lain Tentang Najwa Mahiaddin

Selain daripada dia anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, apa lagi tentangnya yang kamu tahu?

Cover image via Instagram.com

1. Enggan guna nama sebenar bapa kerana tidak mahu tumpang populariti

Najwa Mahiaddin, 29 tahun, memberitahu dia lebih senang dikenali sebagai artis biasa yang bermula daripada bawah dan tidak mahu menggunakan nama bapanya semata-mata untuk meraih publisiti dalam kariernya, kerana itulah dia menggunakan nama Najwa Mahiaddin, bukan Najwa Muhyiddin.

Menurut Najwa, dia senang dengan cara sekarang dan apa yang dia buat adalah berdasarkan minatnya sendiri jadi tidak perlu untuk dikaitkan dengan sesiapa.

mstar.com.my

2. Tidak datang dari keluarga yang berlatarbelakangkan muzik

Najwa yang merupakan anak ketiga dari empat beradik memberitahu yang dia tidak mengikut bakat daripada sesiapa, tetapi mungkin lahir daripada dirinya sendiri kerana sejak kecil sudah terasuh dengan bidang itu kerana telah dihantar ke kelas piano dan muzik.

mstar.com.my

3. Diberi kepercayaan oleh penyanyi Malaysia bertaraf antarabangsa Yuna untuk menyanyikan lagu Lelaki di AJL29

Najwa Mahiaddin telah dipilih oleh Yuna untuk menyanyikan lagu Lelaki di Anugerah Juara Lagu Ke-29 kerana Najwa mempunyai suara yang agak unik, dan mereka berdua pernah bergabung menjayakan sebuah konsert.

beautifulnara.com

4. Mulai berhijrah dengan memakai tudung penuh sejak hampir setahun lalu

Image via mstar.com.my

5. Pernah mematahkan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh Wardina Saffiyyah kepada anak-anak Menteri

Image via blogspot.com

Pernah kecoh seketika bila pelakon dan pengacara Wardina Saffiyah cuba membuat tuduhan melulu ke atas anak menteri di Malaysia yang mereka tidak bersekolah di sekolah kerajaan. Perkara itu dibetulkan oleh Najwa Mahiaddin dan menjadi bualan netizen pada ketika itu.

6. Telah berkahwin dengan Idris Koh, salah seorang pemuzik pengiringnya pada 26 Mac 2015

Najwa telah sah bergelar isteri kepada Idris Koh dalam satu majlis di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sri Satria Putrajaya. Idris merupakan salah seorang daripada ahli muzik yang sering mengiringi Najwa dalam setiap persembahannya.

beautifulnara.com
Image via Rotikaya.com

7. Tak kisah buat show kecil di pusat beli belah demi peminat

Najwa Mahiaddin tidak menolak sebarang show atau jemputan nyanyian untuk mendekati peminatnya walaupun ianya hanya show kecil yang diadakan di pusat membeli belah. Besar atau kecil show itu bukan pengukurnya, asalkan muzik yang dipersembahkan sampai kepada peminat. Najwa pernah buat show di pusat membeli belah seperti Publika dan festival-festival.

murai.com.my

8. Menerima 4 pesanan istimewa dari ayahnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hari perkahwinannya

Berikut antara kata-kata Muhyiddin Yassin kepada anak perempuannya itu ketika di hari perkahwinan Najwa:

1. Najwa, jadilah seorang isteri yang solehah

2. Berilah ketaatan kepada suami

3. Jagalah budi pekerti dan akhlak sebagai seorang isteri

4. Taatilah Allah sepanjang hidupmu

ohbulan.com

9. Antara orang terawal yang memberi sokongan kepada ayahnya selepas digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri

Betul tu, Najwa. Bersabarlah.

Baca info terkini tentang Muhyiddin Yassin, bapa kepada penyanyi ini yang hangat diperkatakan hari ini:

You may be interested in: