seismik

Pernah Terfikir Tak Kenapa Kaum Wanita Tidak Perlu Solat Jumaat? Ini Jawapannya!

Ilmu baru harus dikongsi bersama.

Cover image via keluarga.my

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai seorang muslim, kita dituntut untuk mematuhi ajaran agama dengan baik bagi melayakkan diri mereka untuk ditempatkan di syurga Allah menjelang hari pembalasan nanti

Dalam Islam, kita diberi panduan dan beberapa hukum hakam yang perlu dipatuhi termasuklah dalam soal solat kerana ia adalah tiang agama dan ibadah yang wajib dilakukan setiap hari oleh semua umat muslim.

Gambar sekadar hiasan.

Image via sinarharian.com.my

Bagaimanapun, pernah tak anda sesekali tertanya-tanya mengapakah solat Jumaat itu hanya diwajibkan ke atas kaum lelaki dan bukan kaum wanita?

Image via hmetro.com.my

Sebelum kami mulakan penjelasan ini, mari kami kongsikan serba sedikit mengapa solat Jumaat didirikan pada hari Jumaat.

Allah SWT menjadikan Jumaat hari yang sangat istimewa sehingga digelar penghulu segala hari.

Kelebihan hari Jumaat dapat kita fahami melalui hadis Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang paling agung di sisi Allah, ia lebih besar di sisi Allah dari hari raya Aidiladha dan Aidilfitri. Padanya ada lima perkara, iaitu hari Allah menjadikan Adam, hari Allah menurunkan Adam ke bumi, padanya Allah mematikan Adam dan padanya juga ada satu saat apabila seseorang itu tidak memohon sesuatu melainkan Allah memberikannya selagi dia tidak memohon sesuatu yang haram dan padanya (hari Jumaat) berlakulah hari kiamat." (Riwayat Ibnu Majah)

Sekarang kita dah faham apa itu solat Jumaat, jadi mengapa wanita tidak diwajibkan?

Image via mywilayah.com

Secara asasnya, adalah dibolehkan bagi seorang perempuan itu untuk hadir ke masjid. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

لاَ تَمْنَعُوْا إِمَاءَ اللهِ مَسَاجِدَ اللهِ

Maksudnya: Janganlah kamu menghalang hamba-hamba perempuan Allah daripada masjid-masjid Allah.

Riwayat Muslim (442)

Orang perempuan tidak diwajibkan untuk hadir menunaikan solat Jumaat, kerana faktor berikut:

Kerana kesibukan mereka dalam menjaga anak-anak serta urusan-urusan rumah, serta terhasilnya masyaqqah (kepayahan) buat mereka sekiranya diwajibkan hadir ke tempat tertentu pada waktu yang tertentu. 

Meskipun tidak diwajibkan, adalah dibolehkan untuk orang-orang perempuan menghadiri solat Jumaat. 

Kami juga menyatakan bahawa kehadiran orang perempuan ke masjid untuk solat Jumaat itu hendaklah turut melihat kepada keadaan masjid atau surau Jumaat, sama ada ruangan mencukupi atau akan menyebabkan kesesakan. 

Sekiranya ruang solat tidak mencukupi kerana kehadiran orang lelaki sahaja sudah melimpah ruah, maka tidak perlu bagi orang perempuan hadir ke masjid. Namun jika didapati bahawa ruangan untuk orang perempuan mencukupi tanpa menyebabkan kesesakan dan kesukaran pada jemaah lelaki apabila mereka hadir ke masjid untuk solat Jumaat, maka ia dibolehkan dalam hal ini. Wallahu A’lam.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Menarik untuk anda baca:

You may be interested in: