You are currently viewing KEBAIKAN DAN KEPENTINGAN INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN PADA MASA KINI

KEBAIKAN DAN KEPENTINGAN INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN PADA MASA KINI

  • Post author:
  • Post category:Info

Pada masa kini, kita dikelilingi kemajuan sains dan teknologi. Hampir setiap hari kita diperkenalkan dengan teknologi baharu hasil daripada inovasi yang dilakukan. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu menjadikan inovasi sebagai budaya untuk memenuhi cabaran globalisasi yang kelak kita hadapi. Selain itu inovasi adalah perkara yang penting dalam kehidupan kerana ia dapat memberikan faedah yang sangat menguntungkan kepada kita. Terdapat banyak kepentingan inovasi dalam keusahawanan pada masa kini:

 

  • Meningkatkan kualiti kerja yang lebih baik

Secara tidak sedar, kita telah hidup dikelilingi hasil inovasi yang pelbagai. Inovasi perisian (hardware dan software) mempercepatkan penyebaran ilmu, maklumat dalam talian seperti e-hasil dan sebagainya. Kita boleh melakukan kerja di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja walaupun di luar waktu kerja. Penggunaan alat seperti komputer juga memudahkan kita untuk memantau dan mengawal mesin. Ia membantu kita menjimatkan masa. Oleh sebab itu, kualiti kerja kita akan bertambah baik dengan adanya inovasi.

 

  • Mencipta pasaran baru dalam ekonomi dunia

Kita boleh lihat sejak kebelakangan ini, kerancakkan penggunaan social media telah melahirkan pasaran baru dan invatif terhadap masyarakat kita. Masyarakat kini lebih gemar membuat pembelian atas talian kerana mereka tidak perlu keluar rumah. Mereka hanya perlu menunggu produk yang diinginkan dihantar ke rumah masing-masing. 

 

  •  Selaras dengan sistem pendidikan

Pengajian TVET yang didedahkan oleh Kementerian Pendidikan seperti Vokasional, Politeknik dan Kolej Komuniti mampu memberi penekanan dan melatih 60 peratus tenaga mahir dalam negara. Ini dapat dikendalikan melalui bidang teknologi dan inovasi, kemahiran hidup dengan kurikulum rekacipta kebangsaan yang dilaksanakan. Perkembangan dalam inovasi kini mampu disertai oleh institusi pengajian sama ada kerajaan mahupun swasta dalam mewujudkan daya saing yang kuat dan melahirkan idea yang berkebolehan tinggi dalam inovasi.

 

  • Memelihara ekosistem dan alam sekitar

Kebaikan yang diperoleh daripada inovasi juga adalah pemeliharaan alam sekitar yang semakin dijarah oleh kemodenan hari ini. Inovasi dahulu tidak meitik beratkan kesannya terhadap alam sekitar. Akibatnya, pelbagai pencemaran berlaku seperti pencemaran air dan udara. Sisa toksik yang digunakan oleh sector perkilangan dilepaskan ke laut dan mengakibatkan hidupan laut mati akibat keracunan toksik. Pembangunan yang tidak lestari juga menghasilkan pulau haba di kawasan bandar. Oleh itu, generasi pada hari ini perlu sedar dan mengambil pengajaran daripada perkara yang telah berlaku. Alam sekitar merupakan sumber utama untuk kita hidup di bumi.

 

  • Mengurangkan risiko kebergantungan terhadap manusia

Inovasi dapat mengurangkan risiko kebergantungan kepada tenaga kerja manusia. Kenyataan ini mungkin tidak dipersetujui oleh sesetengah pihak namun menguruskan mesin adalah lebih mudah daripada menguruskan manusia. Dengan revolusi industri yang kian menghampiri, inovasi untuk menghasilkan produk-produk secara automatic adalah wajar untuk dilaksanakan kerana kualiti produk menjadi lebih seragam dan bertambah baik. Manusia berisiko melakukan kecuaian dan kelekaan dalam penghasilan produk serta memerlukan tenaga yang lebih kompleks berbanding dengan mesin. Penggunaan mesin hanya memerlukan tenaga elektrik untuk menghasilkan produk pada kuantiti yang lebih banyak.

 

Pusat Kreatif Ekonomi dan Inovasi Sabah (SCENIC) berharap untuk memacu industri di Sabah melalui teknologi, inovasi dan kreativiti, dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan dalam ekosistem. Organisasi ini memberi tumpuan dalam melaksanakan program melalui 3 tonggak utama iaitu Industri Kreatif (CC), Teknologi dan Inovasi (T&I) serta Keusahawanan Bergerak Inovasi (IDE) di Sabah. Kami memfokuskan untuk memacu dan menginovasikan 7 bidang teras di Sabah iaitu media kreatif, kemahiran bakat dan digital, industri pembuatan 4.0, pelancongan, pertanian pintar, teknologi mudah alih dan pembangunan permainan menggunakan alat digital seperti AR/VR, kepintaran buatan, Internet pelbagai benda, analisis data raya, animasi dan perfileman serta robotik.