Jom belajar resepi kek keju meleleh

Jom belajar resepi kek keju meleleh

18 Nov- Jika sebelum ni kek keju dianggap biasa, tetapi kini mendapat sambutan dikalangan peminat kek dan di sosial media.

Kek keju meleleh menjadi kegilaan orang ramai. Dengan kek yang dilimpahi dengan keju yang meleleh, siapa yang tidak tergoda.

Anda boleh mendapatkannya dikedai tetapi pasti tidak cukup untuk merasai kenikmatan keju yang sebenar mengikut citarasa anda.

Oleh itu, jom kita belajar cara membuat kek keju meleleh yang dipetik daripada Citarasamamaana.

Untuk kek
Bahan-bahannya:

100g tepung gandum
60 g tepung jagung
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar ovelette
100g gula kastor
4 biji telur
50ml air sejuk
75g mentega cair
1 sudu kecil vanila
Cara membuat:
1. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik
2. Campurkan semua bahan diatas kecuali mentega cair.
3. Pukul sampai gebu dan masukkan mentega cair. Kemudian sebatikan.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 45 minit.

Untuk krim
Bahan-bahannya:

260g krim keju
120g susu pekat manis
50ml whipping cream

Campurkan semua bahan hingga sebati, aduanan ini memang cair.

Untuk hiasan
1 buku ( 250g ) keju cheddar.

Cara penyediaan:
1. Kek yang dimasak tadi disejukkan dahulu kemudian di bahagiakan 2 keping.
2. Tuangkan krim keju di atas kepingan pertama.
3. Lapiskan dengan kek dan tuangkan kesemua baki tadi di atas kek.
4. Parutkan keju cheddar di atas kek.

Selamat mencuba!
[ Sumber Foto: adishshida.blogspot.com ]