Siakap Keli
Gambar: Daily Star

Katak ‘Gergasi’ Bersaiz Bayi Manusia Ditemui, Penduduk Kata Rasanya Lagi Sedap Daripada Ayam

Seekor katak yang dikatakan mempunyai saiz ‘sebesar bayi’ telah menggemparkan penduduk sebuah kampung selepas ianya ditangkap berkeliaran di kawasan itu, lapor Daily Star.

Jimmy Hugo, 35, pada ketika itu sedang memburu babi liar di pinggiran Honiara, ibu kota Kepulauan Solomon sebelum menemui haiwan amfibia yang sangat besar itu.

Terdapat gambar yang memaparkan haiwan tersebut dipegang dan diletakkan pada lutut seorang penduduk tempatan bernama Mostin selepas katak itu ditemui di kawasan semak berdekatan.

Ianya tampak berukuran sebesar peha dan beratnya pula dianggarkan seberat 1kg.

Satu lagi gambar katak yang dipercayai jenis Cornufer Guppy itu menunjukkan saiz panjangnya yang menyeluruh.

Daripada kepala hingga kaki katak tersebut, ianya tampak seakan berukuran setengah daripada badan kanak-kanak.

Jimmy menyatakan bahawa katak tersebut adalah merupakan katak yang paling besar pernah dilihatnya.

“Saiznya sama seperti bayi manusia,” tambahnya.

“Kami menggelarnya ‘ayam hutan’ kerana sebilangan orang kampung lebih menyukainya daripada ayam, namun haiwan ini sukar ditangkap.

“Terdapat beberapa ekor anjing yang menangkap dan bermain dengannya di dalam semak, begitulah bagimana saya berjaya untuk mendapatkan gambar katak ini.”

Malangnya, tidak ada pengakhiran yang indah buat katak tersebut.

Walaupun matanya kelihatan terbuka, Jimmy menyatakan bahawa iaya sudah pun mati ketika ianya ditangkap. Justeru daripada itu, penduduk kampung memutuskan untuk memakannya.

“Harap-harap lain kali kalau kami jumpanya masih hidup, kami akan biarkannya terus hidup sahaja,” sambungnya.

Cornufer guppyi adalah salah satu spesis katak terbesar di dunia dan ianya biasanya boleh ditemui di New Britain dari Kepulauan Bismarck sehinggalah ke Kepulauan Solomon.

Bilangannya telah menurun dalam beberapa tahun kebelakangan ini kerana pembalakan dan penempatan komuniti yang berkembang ke habitat semula jadi mereka.

Dan kulit sensitif mereka sering dirosakkan oleh bahan kimia pencuci yang digunakan oleh manusia untuk mencuci pakaian di kawasan sungai yang berdekatan.

Sumber: Daily Star

Aqmal Ezany

I write what is right