Siakap Keli
Gambar hiasan via Borneo Today/Awani

Tuan Rumah TAK BOLEH Terus Potong Bekalan Elektrik & Air Kalau Penyewa Tak Bayar Bil, Selagi Tak Ikut Syarat Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Keselesaan dan kepuasan merupakan matlamat utama setiap tuan rumah kepada penyewanya. Penawaran kos sewa yang murah dan persekitaran yang bersih juga turut menarik minat penyewa.

Namun ada sesetengah kes, penyewa mengambil mudah tentang isu pembayaran bil elektrik dan air walaupun telah diberi tempoh masa dan kelonggaran kepada mereka. Sebagai pemilik rumah sewa apakah tindakan yang anda boleh lakukan?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita sama-sama menelusuri ilmu yang dikongsikan oleh peguam hartanah, Syazwan Mohd Jafri di Tukang Apa Hari Ini.

Semoga bermanfaat!

Tuan Rumah TAK BOLEH Terus Potong Bekalan Elektrik & Air Kalau Penyewa Tak Bayar Bil, Selagi Tak Ikut Syarat Ini

Gambar: Syazwan Mohd Jafri

Salam semua warga T.A.H.i, pagi ni mungkin ada yang terbantut niat nak bertukang sebab bajet lari dek kerana penyewa rumah gagal bayar sewa. Mungkin dah terfikir nak ambil tindakan sendiri tapi tidak pasti betul ke tidak. Harapnya perkongsian kali ni dapat membantu. Terima kasih pada admin dan semua. Saya share ye.

HUH PENYEWA TAK BAYAR SEWA DAN TAKNAK KELUAR! NAK POTONG AIR DAN ELEKTRIK LAH.
(ketahui undang-undang berkaitan sewa)

Isu penyewa-tuan rumah sememangnya sangat “common” di Malaysia. Apabila berbincang secara baik tidak jalan, solusi seterusnya yang selalu kita dengar adalah memotong bekalan air dan elektrik bagi menghalau penyewa keluar. Tapi tepatkah tindakan itu? Apakah undang-undang yang terlibat? Perkongsian singkat hari ini.

BACA JUGA: Tuan Rumah Ini Kongsi Rahsia Macam Mana Nak ‘Pancing’ Bakal Penyewa Sewa Rumah

HAK SEBAGAI TUAN RUMAH DAN PENYEWA

Secara amnya, selagi penyewa membayar sewa, dia mempunyai hak untuk menetap di rumah sewa tersebut. Namun haknya hilang apabila sewa gagal dibayar. Pada peringkat ini, tuan rumah mempunyai hak untuk mendapatkan milikan semula rumah tersebut. Namun tidaklah semudah yang disangka.

UNDANG-UNDANG BERKENAAN POTONG BEKALAN AIR DAN ELEKTRIK

Seksyen 7 (2) Akta Relief Spesifik menyebut (secara ringkas) – Rumah yang disewakan, tetapi penyewaan ditamatkan, dan penghuni masih kekal duduk, tuan rumah tidak boleh mendapatkan harta itu melainkan dengan perintah dari mahkamah. Maksudnya, memotong bekalan air dan elektrik adalah dilarang.

Syarat bagi tuan tumah untuk potong bekalan

TUAN RUMAH BOLEH POTONG BEKALAN AIR DAN ELEKTRIK JIKA TAHU UNDANG-UNDANG INI

Mungkin tak ramai yang tahu. Tuan rumah BOLEH memotong bekalan air dan elektrik SEKIRANYA DINYATAKAN dalam kontrak penyewaan. Ini berdasarkan keputusan kes mahkamah – (Premier Model (M) v. Philepromenade Sdn Bhd [2001] 1 LNS 173).

INFO TAMBAHAN

  1. Tuan rumah boleh menuntut sewa dua kali ganda terhadap penyewa yang gagal kosongkan rumah selepas penyewaan tamat.
  2. Tuan rumah tidak boleh memasuki rumah tanpa perintah mahkamah dan boleh disaman sebagai “trespassing” di mahkamah. Jadi elakkan perkara ini.

KESIMPULAN

Perkongsian kali ini bukanlah untuk melagakan tuan rumah dan penyewa tetapi lebih kepada memberi kesedaran tentang hak masing-masing. Jika mampu, selesaikan segala masalah secara aman damai. Paling penting, tuan rumah dapatkanlah bantuan ejen hartanah untuk membantu anda ‘tapis’ penyewa yang berkelayakan dan bantuan peguam untuk draf kontrak penyewaan yang lengkap.

Sekian, 
Syaz MJ,
peguam hartanah anda.

Macam mana pula kalau tiada sebarang perjanjian disediakan daripada tuan rumah? Penyewa boleh fight balik ke?

Sementara itu, timbul juga persoalan, bagaimanakah pula sekiranya tuan rumah langsung tidak menyediakan sebarang perjanjian bertulis kepada pihak penyewa?

Jika seseorang penyewa itu tidak membayar bilnya sehingga tertunggak, lalu tuan rumah bertindak memotong bekalan WALAUPUN tiada sebarang perjanjian atau tidak dinyatakan dalam perjanjian, adakah tindakan itu dibolehkan?

Syazwan dalam satu kenyataan lain menerusi temu bual bersama Siakap Keli turut menjawab persoalan ini. Jelas Syazwan:

“Dalam kes tiada perjanjian bertulis macam ni, tuan rumah yang rugi. Perjanjian kira masih ada, cuma secara lisan.

“Dan betul, kerana tidak dinyatakan dalam agreement (in fact tiada agreement bertulis pun), maka tak boleh potong. Penyewa boleh fight balik.

“Jalan lain bagi tuan rumah adalah dengan mendapatkan perintah mahkamah untuk milikan rumah semula,” katanya.

Sumber: Syazwan Mohd Jafri 

 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?