Siakap Keli
aiskrim tutti frutti
Kredit: @aida_ilda/TikTok

Anak-anak Mesti Suka, Akak Ni Tunjuk Cara Mudah Nak Buat Aiskrim Tutti Fruity

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Anak-anak Mesti Suka, Akak Ni Tunjuk Cara Mudah Nak Buat Aiskrim Tutti Fruity

Siapa sahaja yang tidak menyukai aiskrim Malaysia? Zaman dahulu, ia adalah salah satu makanan ringan buat rakyat Malaysia susulan boleh didapati di mana-mana tempat.

Walau bagaimanapun, dengan negara yang semakin membangun ini, aiskrim Malaysia sangat susah untuk didapatkan lebih-lebih lagi di kawasan bandar.

Hal ini kerana, terdapat banyak kewujudan makanan ringan yang lain yang mampu mengatasi kelazatan aiskrim Malaysia.

Akan tetapi, aiskrim Malaysia ini sememangnya memberi nostalgia kepada mereka yang lahir pada tahun 1990-an.

Pengguna TikTok, @aida_ilda berkongsi kepada orang ramai berkenaan dengan cara membuat aiskrim Malaysia tetapi dengan sedikit kelainan yang jarang dibuat oleh orang ramai.

Resepi yang diberikan oleh Aida agak berbeza dengan yang lain kerana ia meletakkan tiga perisa buah-buahan dalam satu plastik yang dinamakan sebagai aiskrim Tutti Fruity.

Mari ikuti cara dan penyediaan untuk membuat aiskrim Tutti Fruity di bawah ini.

BACA: Tak Perlu Susah Payah, Ini Cara Mudah Ikat Aiskrim Guna Penyangkut Berbentuk ‘S’

Aiskrim Tutti Frutti

Kredit: @aida_ilda/TikTok

Bahan-bahan:

Satu tin susu cair 

Satu tin susu pekat

Empat tin air

Satu sudu besar esen vanila

Satu sudu kecil garam

Bancuhan tepung jagung

Perisa kiwi

Perisa mango

Perisa strawberi

Perisa beri biru

Cara-cara buat bancuhan aiskrim:

Masak susu cair dan susu pekat dalam satu periuk.

Kemudian, tambah empat tin air dan satu sudu besar esen vanila.

Selepas itu, letak satu sudu kecil garam dan bancuhan tepung jagung.

Kacau sehingga sebati dan matikan api.

Biarkan ia sejuk sebelum dimasukkan dalam plastik aiskrim.

Langkah penyediaan aiskrim:

Masukkan perisa kiwi, mango dan strawberi dalam satu plastik aiskrim.

Ratakan menggunakan benda keras atau kad.

Letakkan semua perisa tersebut mengikut cita rasa anda.

Setelah itu, letak bahan bancuhan yang telah sejuk itu di dalam plastik.

Ulang langkah sehingga aiskrim siap.

Akhir sekali, letak ais krim di dalam peti sejuk bahagian atas.

Selepas beberapa jam anda boleh nikmati aiskrim tersebut. Selamat mencuba!

Nota tambahan: Sekiranya ingin kurangkan manis, korang boleh kurangkan susu cair dan susu pekat atau tambah air kepada lima tin.

@aida_ilda

Thanks korang resepi ice cream malaysia yg sis share sebelum ni dah cecah 1.5k view.. ❤️ yg mana kecam sis ucapkan terima kasih. Sis bukan penjual ice cream. Sis buat untuk anak2 je. Ni Cuti sekolah dah. Mak2 mmg kena prepare makanan byk2. Sejenis anak2 sis drg ni lapar 24jam😅 . Ibu buat la ice cream stock untuk cuti skolah ni. Pengikat aiskrim & plastik aiskrim boleh tekan link ni @Aida 🌸suka masak🌸 #aiskrimtuttifruty #icecreammalaysia #aidasukamasak #aidasukamakan #cutisekolah

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Sumber: @aida_ilda/TikTok

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana