Dapur

13 Tips Mudah Tanam Pokok Daun Kesum, Jadi Merimbun Hasilnya!

96
SHARES

Buat penggemar hidangan asam pedas atau laksa penggunaan daun kesum sebagai bahan ramuannya wajib dimasukkan sewaktu masak sebagai penambah pelengkap rasa.

Dah jadi peminat, anda mesti kena pandai masak betul tak? Tapi kalau tiada daun kesum tak terangkat lah rasa hidangan tersebut. Jadi, jom ikuti 13 tips mudah untuk menanam pokok daun kesum yang rimbun hasilnya daripada Mohd Syafiq Ahmad Khasasi.

Baca juga: Teknik Tanam Kentang Dalam Pasu, Tak Perlu Sebidang Tanah Hasilnya Memuaskan!

13 TIPS MUDAH TANAM POKOK DAUN KESUM, JADI MERIMBUN HASILNYA!

13 Tips mudah cara tanam pokok daun kesum rimbun dari Cikgu Kebun.

Hangpa yang minat makan laksa dan asam pedas mesti kena belajar tanam pokok daun kesum ni. Pokok ni antara pokok yang kena ada di kebun dapur CK sebab kami sekeluarga suka makan laksa kedah, jadi boleh petik segar-segar ja.

Jadi hangpa yang nak belajar tanam pokok kesum ni, sila ikut tips CK nak ajar ni. CK harap sangat hangpa berjaya tanam dan ada pokok kesum rimbun ni tepi tingkap dapur hangpa..syok kan..hehe

Jadi CK nak kongsi teknik paling mudah sahaja yang hangpa boleh ikut dan berjaya.

13 TEKNIK MUDAH TANAM DAUN KESUM:-

1. Cari benih pokok kesum yang sihat segar sama ada hangpa beli di pasar atau nursery.

2. Sediakan medium tanah yang sesuai, bab tanah ni CK ajar hangpa yang paling mudah guna tanah merah campur sabut sahaja. Nisbah 70% tanah, 30% sabut.

3. Cari pasu rendah tapi mempunyai permukaan yang lebar, pastikan pasu tidak mempunyai banyak lubang, cukup 2 lubang sahaja.

4. Potong daun kesum 5 ruas satu keratan, buang semua daun sebelah bawah dan tinggalkan 3 helai daun sebelah atas sahaja.

5. Letakkan hormon pengakaran pada keratan batang yang telah hangpa kerat tadi. Jika mahu pokok rimbun, banyakkan keratan untuk disemai.

6. Hangpa boleh terus tanam kesemua keratan tersebut. Tapi CK pilih untuk semai terlebih dahulu dalam cup air atau polybag kecil.

7. Satu polybag kecil boleh semai 2 atau 3 keratan batang guna tanah yang sama seperti di atas.

8. Kenapa CK semai dahulu? Tujuannya kita akan tanam pokok kesum yang betul-betul stabil dan hidup sahaja dalam pasu tadi.

9. Pokok kesum mula berakar selepas 2 minggu semaian dan boleh terus dipindahkan ke dalam pasu.

10. Jika hangpa semai tadi 7 polybag, dan hidup kesemuanya jadi hangpa tanam kesemua 7 polybag yang mempunyai pokok tu kedalam satu pasu sahaja. Baru akan dapat pokok yang rimbun nanti.

11 . Hangpa jangan lupa, kena letak baja untuk proses pokok kesum membesar, CK akan guna Baja Wangi Organik. Hangpa hanya perlu tabur 2 minggu sekali sahaja.

12. Siram 1 hari 2 kali, tips untuk hangpa pokok kesum suka air banyak jadi jika terlebih siram tidak ada masalah.

13. Tips penting juga pokok kesum tidak suka cahaya matahari terus, jadi letak pokok kesum bernaung dibawah pokok lain atau bawah jaring hitam.

Haaahh… macam mana tips CK bagi ni hangpa faham tak? Kalau tak faham boleh tengok video CK ajar tutorial nanti.

Tengah kalut-kalut buat laksa tadi, jiran belakang hantar mee goreng. Hangpa faham-faham la sistem barter, macam tahu-tahu CK buat laksa hehe.

Sumber: Mohd Syafiq Ahmad Khasasi via Berkebun D Rumah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×