Suami Isteri

15 Jenis Baju Tidur Bikin Suami Tergoda, ‘Senjata’ Isteri Paling Halus!

1.1K
SHARES
baju tidur

Baju tidur merupakan pakaian selesa yang dipakai sewaktu tidur dan ia mempunyai jenis tarikan yang berbeza. Bagi isteri yang berkehendak menggoda suamimu, ini lah masanya anda mengikuti idea-idea pemilihan jenis baju tidur seperti di bawah.

Pemilihan baju tidur di ranjang mampu memberikan kelebihan kepada diri pemakai. Hal ini kerana, malam di ranjang anda bersama suami akan ditemani dengan tubuh yang kelihatan menggoda. Malam asmara pasti bertambah hebat!

Baca juga: Wow, Isteri Memang ‘Syok’ Dibelai Pada 17 Area Badan Ini, Rahsia Yang Suami Kena Tahu!

BAJU TIDUR ‘SENJATA’ HALUS ISTERI

baju tidur

Gambar: Amazon

15 JENIS PAKAIAN TIDUR YANG MAMPU MENGGODA SUAMI

1. Belahan rendah di bahagian dada

Memakai baju tidur dengan model berlahan rendah di bahagian dada dapat menjadi daya tarikan di hadapan suami. Jenis ini dapat menimbulkan rasa ingin tahu pada suami.

2. Berwarna terang

Bukan hanya lingerie, baju tidur berwarna terang juga dapat membangkitkan ghairah suami di ranjang. Warna terang dipercayai boleh memberikan daya tarikan seksual yang kuat.

3. Fabrik jenis telus menampakkan tubuh badan

Baju tidur yang memiliki fabrik telus atau transparent menampakkan lekuk tubuh yang sangat jelas. Di mana, isteri akan kelihatan sangat seksi hanya dengan cara yang paling mudah.

4. Pijama tertutup

Pijama yang tertutup sopan juga boleh membuat encik suami senang hati melihat penampilan isteri. Pijama membuatkan pemakai kelihatan manis dan menggoda. Tanpa menggunakan bra, suamimu akan semakin ghairah.

5. Kemeja longgar putih milik suami

Meminjam kemeja longgar putih milik suami dan memakai di tubuh anda merupakan salah satu cara untuk menggoda. Ia sekali gus menimbulkan kemahuan untuk anda dan pasangan berasmara.

Baca juga: 9 Bahagian Tubuh Suami Buat Isteri Ternganga, Rahsia Tambah Keintiman!

6. Tanktop yang nampak bahagian lengan dan bahu

baju tidur

Gambar: lookstudio

Cuaca panas amat sesuai memakai tanktop yang memperlihatkan bahagian lengan dan bahu anda. Bahagian-bahagian yang terdedah ini memudahkan sang suami untuk menjelajahi bahagian tubuh anda.

7. Baju tidur fabrik satin

Baju tidur dengan fabrik satin membuatkan pemakai tampil anggun. Jika dipakai pada waktu malam, dijamin membuatkan isteri kelihatan seksi di hadapan suami tercinta.

8. Lingerie jenis camisole

Camisole set merupakan baju tidur yang boleh menjadi pilihan untuk membuatkan suami ghairah. Jenis lingerie ini disukai kebanyakan lelaki. Terdiri daripada dua bahagian iaitu atas dan bawah.

9. Chemise yang telus

Lingerie berjenis chemise yang menggunakan fabrik telus (transparent) sangat sesuai digunakan untuk menggoda suami di ranjang. Fabrik telus membuatkan suami hampir boleh melihat keseluruhan bahagian tubuh anda.

10. Pijama jenis kimono

Baju tidur berjenis kimono sangat jarang digunakan di sini. Namun, anda akan tampil berbeza dengan memilih motif yang manis pada coraknya. Selain memberikan kesan seksi, pijama kimono juga memberi kesan eksklusif kepada pemakai.

11. Lingerie chemise seperti mini dress

Kalau anda nak tahu, chemise merupakan lingerie yang menyerupai mini dress. Baju tidur ini ada yang fabriknya telus dan tidak. Pastinya, lingerie bermodel jenis ini mempunyai variasi yang sesuai diacukan ke tubuh dan sedikit longgar.

12. Set bra dan seluar pendek berwarna merah jambu

Anda boleh mengenakan set bra dan celana pendek berwarna merah jambu untuk kelihatan seksi dan comel pada masa yang sama. Hiasan reben pada bahagian seluar pendek berjaya memberikan kesan manis.

13. Lingerie bustier bantu menaikkan dada

Lingerie bustier boleh menjadi pilihan untuk membantu mengangkat bahagian payudara agar kawasan belahan semakin terdedah. Pilih lingerie yang memiliki hiasan renda demi mempermaniskan penampilan anda di hadapan suami.

14. Jenis baju tidur mudah dibuka

Pakaian tidur yang mudah dibuka merupakan pilihan wanita yang tidak mahu berpenampilan terlalu terdedah tubuhnya. Pakaian tidur sederhana ini juga mampu membuat suami ghairah ketika berada di ranjang.

15. Korset dan sarung kaki hitam

Korset hitam yang dipadankan dengan sarung kaki (stoking) berwarna sama boleh menjadi gabungan yang menawan.

Kesimpulan

Setakat itu sahaja 15 pilihan baju tidur yang mampu memberikan kesan ghairah kepada suami anda yang berada di rumah. Walau pun, cita rasa baju tidur anda menjolok mata, seksi sederhana atau menutup, anda tetap kelihatan seksi di mata suami tercinta.

Baca juga: Ini Tanda-Tanda Air Mani Encik Suami Sihat, Wow Kena ‘Check’ Ni!

Sumber: PopMama

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×