DIY & Kraf

Cara Kemas & Simpan Wayar Kabel, 15 Minit Je Dah ‘Settle’!

3
SHARES

“Haih wayar kabel ni, berselerak betul ya. Dah kemas pun tetap tak elok…”

Situasi di atas mesti selalu jadi kan? Kalau ada gajet dan barangan elektrik memang tak akan lari dari masalah wayar kabel yang berselerak dan berterabur. Makin banyak wayar, makin penuhlah laci sampai dah tak boleh nak tutup dan simpan. Aduh! Pening…

Jangan risau, apa kata cuba ikut perkongsian Hani Mynis tentang pengurusan kabel dengan betul. Bila dah kemas betul-betul barulah senang nak ambil dan tak pening-pening dengan wayar yang berselirat antara satu sama lain. 15 minit sahaja nak kemas, rugi kalau tak cuba.

Baca juga: Jenis Extension Wire Yang Sesuai & Tak Sesuai Dipasang Di Rumah, Elak Kebakaran!

CARA KEMAS & SIMPAN WAYAR KABEL, 15 MINIT JE DAH ‘SETTLE’

Dah lama tak kongsi #tutorialhani kan? So dalam post ini hani kongsi kan langkah demi langkah projek kemas rumah mini hani. Kiranya dalam projek mini macam ni 15 minit boleh siap. Simple-simple sahaja tapi beri impak yang besar dalam pengurusan rumah kita.

Satu laci penuh dengan wayar segala jenis kabel, charger, usb cord, plug, ear phone, power bank. Bila nak guna mula lah stress bila wayar-wayar tu berselirat melekat antara satu sama lain. Benda nak cepat jadi lambat.

Jom tengok langkah demi langkah pada setiap gambar

1. Keluarkan semua harta karun. Kosongkan laci. Mesti kena keluarkan semua. Longgokan kat satu tempat. Dalam langkah pertama ni selalunya ada dua cara iaitu:

  • Keluarkan semua dulu. Longgok satu tempat. (Hani guna cara ini).
  • Keluarkan satu-satu. Sambil keluarkan sambil sorting (asingkan).
  • Ini selalu hani guna kalau kemas baju , buku, peralatan dapur. Lebih praktikal cara ini. Lagi cepat.

Untuk uruskan kabel-kabel wayar ni hani guna cara 1 sebab lebih praktikal. Lambat nak keluarkan satu satu dengan wayar berselirat bagai.

2. Baru sorting ikut kategori. Longgokan besar tadi kita pecahkan kepada longgokan kecil mengikut kategori. Kita deal ikut kategori.

3. Contoh hani buat kategori pertama dulu iaitu earphone. Masa ni hani buat proses sisihan iaitu hani asingkan mana yang masih elok mana yang sudah rosak. Kena test satu-satu earphone

4. Dah berjaya asingkan yang rosak dan yang masih elok. Yang rosak boleh terus buang.

5. Sekarang kita uruskan wayar-wayar kabel yang kita dah leraikan satu-satu tadi supaya dia tak berselirat balik antara satu sama lain. Hani guna Velcro tape ni je. Hani suka yang ni sebab panjang nya kita boleh adjust. Just potong ikut keperluan.

6. Potong lah kepada beberapa keping.

7. Sekarang hani nak buat proses susun atur pula. Bagi hani langkah ni paling tricky. Pemilihan bekas penstoran sangat penting. Dari segi saiz, bentuk, warna, praktikaliti. Kalau style hani memang hani ukur sebelum beli.

Hani guna teknik template surat khabar yang hani dah pernah share dulu. Supaya dapat bekas yang ngam ngam dengan ruang. Hani guna bekas untuk simpan cabel dari Shopee. Yang bekas ala2 akrilik tu beli di ECO sahaja. RM2.10

8. Masuk kan kabel yang kita dah ikat kemas dalam bekas yang kita dah pilih tadi. Hani suka bekas ni sebab penutupnya attach dengan bekas. So kes nak hilang penutup jadi kurang

9. Masih dalam proses susun atur iaitu melabel. Melabel ni langkah paling akhir dan paling penting dalam proses susun atur. Kalau tak label boleh dikatakan proses susun atur yang kita buat dari awal tadi sia-sia. So pastikan label ya. Kalau tak label mcm kita sediakan rumah tapi tak ada alamat. Susah nak maintain sistem susun atur yg kita dah buat.

10. Nak membersih hani buat wet cleaning atau lap basah dulu. Untuk hilangkan kotoran dan tarik habuk2 dalam laci. Guna furniture wipes dari Eco je. Kalau perabot jenis melamine board, keberangkalian ada kulat sangat tinggi.

Tips hani titiskan sikit minyak (essential oil/zaiton/baby oil/minyak masak). Dan lap permukaan. Buat lepas dah bersihkan secara wet cleaning.

11. Lepas buat lap basah mesti kena lap kering. Step ni ramai yang terlepas pandang. Untuk elakkan habuk senang berkumpul semula selepas kita dah lap. Permukaan basah lagi senang tarik habuk dari permukaan kering.

Lagi satu untuk elakkan cepat tumbuh kulat pada permukaan perabot. Hani guna microfiber cloth untuk lap kering. Dah siap baru susun semula bekas penstoran dalam laci ni.

12. Close up label untuk kabel sebagai rujukan.

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Hani Mynis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×