Cantik

Ini 7 Tutorial Pakai Shawl Untuk Raya Nanti, Confirm ‘OOTD’ Paling ‘Meletopz’ Dari Yang Lain!

33
SHARES
tutorial pakai shawl

Selain juadah raya, ‘OOTD’ juga adalah benda paling penting menjelang Aidilfitri. OOTD memang kena cantik kalau tak boleh rosak mood sepanjang hari raya. Apa yang melengkapkan gambar adalah gaya tudung. Tudung seperti shawl wajib ‘on point’ demi sebuah OOTD yang sempurna. Memang para wanita kena praktis banyak tutorial pakai shawl sebagai persiapan OOTD raya nanti.

Tinggal sehari dua sebelum raya ini, adakah anda masih tidak mempunyai idea gaya shawl apa untuk hari itu nanti? Jangan panik, banyak gaya yang boleh anda cuba dengan shawl ini. Ikuti perkongsian penulis mengenai tutorial pakai shawl untuk raya nanti!

Baca juga: Runsing Cari Warna Baju Raya? Nah, Ini 23 Idea Padanan Baju & Tudung, Memang Cun Habis!

TUTORIAL PAKAI SHAWL UNTUK AIDILFITRI TAHUN INI

1. Shawl Drape (The Shoulder Drape)

tutorial pakai tudung

  1. Mula-mula, pin shawl di bawah dagu. Sebelah pendek dan sebelah panjang. 
  2. Sembunyikan bahagian pendek dengan memasukkannya ke dalam baju di bahagian leher anda. 
  3. Ambil yang panjang, tarik ke atas dada sehingga menutupi paras yang anda inginkan. Boleh adjust sama nak senteng atau labuh. 
  4. Akhir sekali, sematnya di bahagian bahu dan pin. 

2. Shawl labuh

  1. Letak shawl di kepala. Pastikan sebelah bahagian pendek dan sebelah bahagian panjang. Pin di dagu.
  2. Kemudian, tarik bahagian yang pendek, pin di kepala.
  3. Ambil bahagian yang panjang, dipusingkan bahagian shawl ke belakang dan diletakkan di atas kepala. Pastikan bahagian depan labuh.
  4. Kemaskan di bahagian kepala. 
  5. Pin mengikut keselesaan anda di bahu supaya ia terletak. 

3. Shawl turban

tutorial pakai shawl

  1. Pastikan anda memakai inner neck. Lipat square shawl menjadi segi tiga.
  2. Ikat tudung segi tiga terbalik di atas kepala.
  3. Selitkan lebihan kain ikatan ke belakang kepala. 
  4. Kemudian, kemaskan pula lebihan kain di belakang.
  5. Siap.

4. Loose shawl

  1. Mula-mula letakkan shawl anda di atas kepala. Sebelah panjang dan sebelah pendek.
  2. Kemudian, ambil hujung yang lebih pendek, bawa ke sisi yang bertentangan dan pasangkannya pada selendang yang berhampiran di telinga.
  3. Ambil sisi yang lebih panjang, bawa ke bahu anda dan biarkan hujungnya bebas.

5. Shawl kasual klasik

  1. Mulakan dengan meletakkan shawl di kepala anda, sebelah panjang dan sebelah pendek.
  2. Pin shawl di bawah dagu anda. 
  3. Kemudian, tarik bahagian di atas kepala dan bawa ke telinga anda yang sebelah lagi.
  4. Pinkan shawl di bahagian telinga anda menggunakan pin lurus. 

6. Shawl tanpa pin (pinless)

tutorial pakai tudung

  1. Letak shawl sama panjang di kedua-dua belah bahagian.
  2. Kemudian, ambil satu sisi panjang dibawa ke belakang.
  3. Sambungkan dengan bahagian pendek tadi dan simpulkan kemas di belakang leher.
  4. Kemaskan bahagian depan, pastikan ia tidak bulky. Dan siap!

Dah decide ke gaya shawl mana untuk raya nanti? Cuba salah satu gaya shawl di atas, confirm terima pujian ramai nanti. Paling penting, gambar pun onz! Jangan cuba praktik dahulu, baru pilih gaya mana yang sesuai dengan baju raya anda. Selamat Mencuba!

Sumber: ceriasihat

 

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×