Hayati keindahan tasik buatan, Taman Tasik Embayu Proton City

0

Daerah Tanjung Malim amat sinonim dengan Bandar Proton atau Proton City yang terletak di sebelah kanan Lebuhraya Utara Selatan antara bandar Tanjung Malim dan Slim River.

Sebelum penempatan ini dibangunkan sebagai Proton City, kawasan berkenaan merupakan kawasan ladang getan dan kelapa sawit yang tidak lagi ekonomik berbanding dengan perumahan dan zon perindustrian sejajar dengan permintaan dalam pasaran.

 

Bandar industri automotif negara ini diwujudkan berikutan persefahaman antara kerajaan negeri Perak bersama dengan kerajaan negeri Selangor dalam usaha membangunkan Lembah Bernam.

 

Jika anda berkunjung di Tanjung Malim, tak sah kalau tidak singgah ke Taman Tasik Embayu Proton City.

Taman Tasik Embayu Proton City merupakan sebuah lokasi rekreasi yang terletak di dalam kawasan perumahan Proton City dan amat terkenal di daerah Tanjung Malim.

Pelbagai aktiviti riadah boleh dilakukan di taman tasik buatan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden dan terkini untuk kemudahan pengunjung.

Tempat rekreasinya pula luas dan selesa disamping dapat menikmati keindahan flora dan fauna yang tumbuh semulajadi di persekitaran tasik ini.

Disini juga terdapat kemudahan infrastruktur seperti kedai-kedai makan, kedai runcit, klinik dan bermacam kemudahan lain.

Bagi menghidupkan suasana, pihak berwajib khususnya Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) menganjurkan pelbagai aktiviti antaranya pertandingan Futsall, Paint Ball dan Eco Challenge yang telah berjaya menarik minat masyarakat setempat.

 

Kepada anda yang ingin ke Tanjung Malim bolehlah berkunjung ke Taman Tasik Embayu Proton City untuk menikmati keindahan tasik sambil melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply