Dimana Nak Cari Satar Paling Sedap di Selangor?

Kongsikan
Satar adalah makanan yang diperbuat daripada ikan, merupakan masakan istimewa dari Terengganu. Ia adalah campuran ikan, lada dan halia yang dibalut dalam daun pisang berbentuk segitiga piramid. Setiap satu dicucuk dan dipanggang di atas bara api.
Satar Sedang Panggang
Satar yang sedang dipanggang, satu batang terdapat 10 biji satar
Jalan Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn

Persoalannya sekarang jika anda tinggal di kawasan KL dan Selangor, dimana nak cari Satar paling sedap di Selangor?

Dapatkan Satar Terbaik di The Royal Satar

Gerai Satar Lekor House
Gerai Satar & Lekor House
Jalan Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn

Baru-baru ini kami ke Jalan Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn, ada sebuah gerai dengan jenama Satar & Lekor House (kini dikenali sebagai The Royal Satar) menjual satar paling sedap di Selangor.

Harga untuk sebiji satar ialah RM0.90. Oleh kerana kami semua craving untuk makan satar maka kami beli 100 biji bersamaan RM90.

Satar
Jalan Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn

Setelah merasainya ulasan yang dapat diberikan ialah ia betul-betul sedap, berbaloi untuk anda terjah ke gerai mereka. Jadi, selepas ini warga KL dan Selangor tidak perlu mencari hingga ke Terengganu demi sebutir satar. Datang sahaja ke Jalan Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn untuk dapatkan satar asli dari Kemaman, Terengganu. Waktu operasi bermula dari pukul 3 petang hingga 7 malam setiap hari kecuali hari Jumaat.

Marilah berkunjung ke gerai The Royal Satar, saya syorkan tempat ini bagi yang ingin merasai sendiri satarnya yang cukup sedap.
Penjual Satar
Foto oleh @theroyalsatar di Instagram
Makan Satar
Foto oleh @theroyalsatar di Instagram

The Royal Satar juga sedia menerima tempahan untuk majlis dan menyediakan servis penghantaran ke rumah anda.

Sedap sampai meraung boh!

Satar Sejuk Beku

Terdapat juga Satar di dalam bungkusan sejuk beku jika anda mahu membeli untuk bekalan di rumah. Boleh dimasak menggunakan air fryer pada bila-bila masa sahaja.

Logo The Royal Satar

Hubungi Sekarang

Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi Syahir di nombor telefon 011-11269161 atau 011-27415354 dan ikuti juga media sosial untuk berita terkini.

Kami amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Sertai Berita Travel untuk capaian pantas di Telegram.

Adi Azudin

Seorang designer bebas (freelancer) yang impikan untuk mengembara sepanjang masa kerana kerja boleh dilakukan di mana sahaja.

Cerita lain untuk dibaca

Penafian: Beberapa pautan pada blog ini adalah pautan afiliasi. Segala pautan ini adalah tidak memberikan anda sebarang kos tambahan, saya akan mendapat peratusan yang kecil iaitu komisen jika anda membuat pembelian dan saya hanya mengesyorkan produk yang terbaik!