Tular di laman sosial gambar jemaah tidak merapatkan saf ketika melakukan solat, undang perhatian netizen

Sejak semalam, isu gambar jemaah wanita yang tidak merapatkan saf semasa solat berjemaah di sebuah masjid menjadi perbualan hangat di media sosial.

Umat Islam sudah sedia maklum bahawa dalam solat berjemaah, sama ada di masjid, surau, atau di rumah, adalah penting untuk merapatkan saf antara satu sama lain.

“Apa sebabnya tak mahu rapatkan saf ni?”

Selepas gambar tersebut tersebar, netizen meluahkan teguran terhadap keadaan tersebut, dan ada yang menganggap tindakan wanita yang tidak merapatkan saf sebagai sikap egois.

Ada yang juga menyatakan bahawa inilah sebabnya wanita lebih digalakkan untuk solat di rumah daripada berjemaah di masjid.

Tular di laman sosial gambar jemaah tidak merapatkan saf ketika melakukan solat, undang perhatian netizen

Hukum merapatkan dan meluruskan saf

Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, meluruskan saf adalah termasuk dalam adab solat berjemaah.

“Imam disunatkan untuk tidak memulakan solat sehingga saf diluruskan, dan juga disunatkan untuk mengarahkan makmum di belakangnya untuk meluruskan saf.

Jika masjid besar, disunatkan untuk melantik seseorang untuk memastikan saf-saf diluruskan dengan mengelilinginya atau dengan memberi arahan dengan suara.

Disunatkan juga bagi setiap individu yang berada dalam saf untuk meminta agar saf diluruskan jika terdapat kecacatan.

Ini kerana amalan ini termasuk dalam amar makruf dan juga tolong-menolong dalam kebaikan serta ketaqwaan, di mana menyempurnakan saf adalah satu daripada kesempurnaan solat,” menurut keterangan di laman web tersebut.

BACA:
Tiga beranak meninggal dunia lepas jamah telur ikan buntal, sempat mengadu badan lemah dan tekak rasa terbakar
Petua paling mujarab untuk legakan sakit tekak dan batuk, hanya gunakan 2 bahan ini sahaja
“Tiada solat ritual, jika Al-Mahdi suruh buat sesuatu kami buat” – Tular ajaran agama baharu guna nama Imam Mahdi