Skip to content
1 item
Activating this element will cause content on the page to be updated.

FAKTOR BERLELUASANYA PEMBUANGAN BAYI PADA MASA KINI

Kes pembuangan bayi yang dipaparkan di dada-dada akhbar dan platform media sosial sehinnga ke hari ini tiada penghujung dan tanda noktahnya. Kes yang semakin berleluasa ini juga sehingga mendapat liputan media dan telah dikaji faktor yang mendorong kes seperti ini daripada terus berleluasa. Kes pembuangan bayi ini dilakukan oleh remaja yang berumur 18 tahun. Namun, apa yang mengejutkan apabila kes ini yang telah berleluasa turut melibatkan para remaja di bawah umur. Faktor utama yang mendorong kes ini daripada terus berleluasa ialah dek kurangnya didikan agama/moral. Seperti yang diketahui, didikan agama/ moral merupakan elemen penting dalam membentuk peribadi seseorang. Melalui didikan baik, ianya akan membetuk jati diri yang mengutamakan maruah diri dan akan mempengaruhi akhlak dan perbuatan yang mencerminkan keperibadian mulia dan terjaga. Impak dari kurangnya didikan agama/moral akan menjurus anak yang terlahir akan menjadi seseorang yang tidak berkepribadian mulia dengan melakukan apa sahaja dan tidak berlandaskan agama. Selain itu, kurang kasih sayang & perhatian juga sangat penting kerana perhatian akan melahirkan anak yang berperibadi lembut. Dengan sifat lembut dalam diri anak-anak, ianya dapat melahirkan sikap pandai menjaga maruah diri dan keluarga. Keperibadian anak yang terbentuk dari perhatian keluarga juga menjadikan mereka sebagai anak yang mendepankan keluarga dan tidak merasa terabai. Kebiasaanya, remaja yangmemasukifasa pertumbuhan akan menjadi seorang yang sensitif, ingin di sayang, di dengar, oleh itu, ibu bapa dan keluarga berperanan untuk memberikan semua kasih sayang dan perhatian kepada remaja tersebut agar mereka merasa tidak terbuang. Kelekaan ibu bapa dan keluarga dengan mengabaikan anak mereka akan melahirkan remaja yang akan mencari bentuk perhatian negatif dari luar. Bahkan, kurang pendidikan akademik juga menjadi salah satu asbab kes pembuangan bayi berleluasa. Dalam hal ini, remaja yang tidak mendapat pendidikan sepenuhnya terutamanya yang tinggal di pedalaman menjadi remaja yang bebas tanpa pengetahuan. Oleh itu, pihak kerajaan hendaklah memberikan peluang pendidikan kepada mereka yang tinggal di pedalaman. Seterusnya, pengaruhgejala sosial dan teknologi menjadi sebab yang dapat mendorong kes ini berleluasa, iaitu apabila remaja lebih banyak menghabiskan masa dengan media sosial akan terpengaruh dengan apa yang mereka lihat. Keadaan ini akan menyebabkan remaja mudah terpengaruh dan mempraktikkan apa yang mereka lihat itu dalam kehidupan seharian. Lebih teruk lagi, apabila remaja ini berani mencari rakan berlainan jantina dan berkongsi maklumat yang tidak baik. Kes jenayah lain juga menyumbang kepada berleluasanya kes pembuangan bayi, iaitu kes jenayah lain seperti remaja yang terlibat dalam gejala sosial dadah, mereka mungkin terlanjur. Perkara sebegini akan berlaku, dan remaja tersebut tidak akan berfikir apa-apa melainkan ingin membuang bayi yang telah dilahirkan secara haram itu. Oleh itu, keadaan sebegini yang tidak asing lagi telah menyebabkan punca pembuangan bayi. Kes jenayah lain juga seperti penculikan, rogol dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

Items