Solat Jumaat berjemaah dengan merapatkan saf di Surau Alhidayah AU3 Keramat buat pertama kali setelah 2 tahun akibat pandemik Covid-19. Kebenaran solat jemaah tanpa penjarakan fizikal masih memerlukan jemaah membawa sejadah masing-masing, selain memakai penutup muka serta elakkan bersalam atau sebarang sentuhan fizikal.