Kak Yah tidak sihat hari itu.
Pucat, dan ada tanda-tanda penat.
"Kak Yah tok berapo segar ni, tapi gak keno nego la jugok (Kak Yah tak berapa sihat, tapi tetap kena meniaga)," bisiknya ketika saya suarakan hasrat ingin menemubualnya.
Kak Yah atau nama sebenarnya Siti Fatimah Yusof, 64 tahun, adalah peniaga generasi pertama di Pasar Siti Khadijah.
Dia mula bertapak di pasar itu sejak 30 tahun lalu, sejak ia dibuka.
Duit hasil jualan barangan runcit di pasar ini berjaya menyekolahkan tujuh anak Kak Yah.
Kak Yah suka meniaga. Walaupun tidak sihat, dia gagahkan diri ke pasar.
Kalau di rumah, bosan dan sunyi terlampau, yang sihat jadi sakit.
Di pasar, Kak Yah boleh bertemu macam-macam bentuk pelanggan, sunyinya terisi.
"Puah duduk di rumoh, dok termenung, takdok gapo nok buak (Bosan duduk di rumah, asyik termenung, tak ada apa nak buat)," katanya.
Berdasarkan pemerhatian, jiran-jiran gerai Kak Yah kebanyakannya sudah masuk generasi kedua.
Sebahagian besar mereka meneruskan legasi ibu atau bapa mereka.
Kak Yah antara peniaga yang masih utuh.
Sampai bila Kak Yah nak meniaga?
"Sampai akhir hayat bekalih, tok tau nok royat lagu mano (Sampai akhir hayat agaknya, tak tahu nak cakap macam mana).
"Takdok sapo nok tulung jual, ado anok hok minak, tapi gak masing-masing ado masaloh sendiri (Tiada yang nak teruskan perniagaan ini, ada anak yang minat, tapi mereka ada masalah masing-masing yang jadi halangan)," terang Kak Yah.
Kak Yah cerita dia pernah cuti meniaga hampir setahun kerana sakit saraf.
Dua bulan dia terlantar di hospital, dan proses pemulihan memakan masa berbulan-bulan.
Kata Kak Yah, dia anggap meniaga sekadar isi masa tuanya, sambil kumpul duit simpanan Tabung Haji untuk ke Mekah.
Kak Yah harap satu hari nanti ada peluang untuknya menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Dan Kak Yah berharap ketika itu, anaknya yang ada minat meniaga, sudah cukup ilmu dan berani untuk meneruskan legasinya di Pasar Siti Khatijah.
Harapan Kak Yah juga, ada ruang dan kesempatan anaknya dapat peluang belajar ilmu keusahawanan untuk mengukuhkan lagi perniagaan.
Marlina Manaf
Tue Apr 17 2018
Kak Yah kurang sihat ketika ditemui pemberita Astro AWANI di Pasar Siti Khadijah baru-baru ini. - Astro AWANI/Marlina Manaf
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sivasangari dinobatkan Atlet Terbaik April oleh The World Games
Ia sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlangnya merangkul juara sulung kejohanan London Classic dengan mengalahkan pemain terbaik dunia, bulan lepas.
Faisal kini dirawat di ICU, perlu jalani beberapa pembedahan
Pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim, kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan kejadian disimbah asid di sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Penyelia 'ladle crane' maut jatuh dari ketinggian 20 meter
Seorang penyelia maut selepas terjatuh dari ketinggian melebihi 20 meter ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di atas ladle crane.
JKDM Kelantan rampas minuman keras RM1.2 juta
JKDM Kelantan merampas 24,500 liter minuman keras yang dibawa masuk ke negara ini tanpa dokumen pengimportan yang sah bernilai RM1.2 juta.
Sultan Ibrahim mainkan peranan penting pertingkat hubungan Malaysia-Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan hubungan dan persahabatan antara Malaysia dan Singapura, kata Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah - Hajiji
Hajiji berkata media turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan rakyat dan negeri.
Agong zahir ucapan terima kasih kepada PM Lee kerana jadi rakan karib Malaysia
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, yang bakal berundur, kerana menjadi rakan karib Johor dan Malaysia.
Disangka hilang, rupanya 'terpos' ke Amazon
Galena yang masuk ke dalam kotak yang ingin dipos ke Amazon tanpa disedari keluarganya, ditemui sihat namun dalam keadaan keliru.
Dilema peniaga generasi pertama Pasar Siti Khadijah
Kak Yah atau nama sebenarnya Siti Fatimah Yusof, 64 tahun mula bertapak di Pasar Siti Khadijah sejak ia dibuka 30 tahun lalu.