BEGINI ceritanya. Dia sudah bertahun-tahun berada di negara itu, negara seberang perbatasan.
Cukup lama di negara seberang perbatasan untuk tahu nama beberapa jalan utama, tempat sesak setiap pagi waktu puncak, ada lokasi pembinaan atau tidak.
Cukup lama di negara seberang perbatasan untuk fasih bercakap seperti orang tempatan, bukan seperti kawan-kawannya yang perlukan penterjemah.
Dia cukup lama di negara seberang perbatasan, sehingga dia cukup kaya rezeki, Alhamdulillah untuk diri sendiri dan beri kepada keluarga di kampung, semuanya hasil duduk lama di negara itu - negara seberang perbatasan.
Pendek kata, banyak betul kenangan dalam ingatannya semasa berada di negara seberang perbatasan itu. Dan, dia gembira.
Kini, dia tidak lagi di negara seberang perbatasan, tetapi terperuk di kampung, di negara kelahirannya, di sebelah sempadan negara perbatasan. Walau cukup lama di kampung, banyak nama jalan dia tidak maklum.
Balik kampung di negara sendiri, dia cuma diam di rumah.
"Jangan keluar ke mana-mana, Timoh, nanti kena peluru sesat, anggota kumpulan pemisah ada di mana-mana, ada juga di ladang getah dalam kampung kita, sudah banyak nyawa melayang, kalau tidak Imam, sami Buddha. Kalau tidak guru, orang kampung biasa, macam kita," pesan ibunya berkali-kali suruh dia diam sahaja di rumah, memasak untuk keluarga.
Dia akur sahaja. Dan, jika ibunya ambil alih memasak untuk keluarga, dia ikut pula ibu saudara berniaga di tepi jalan, menunya, Pulut Ayam dan Nasi Khao Mok.
Untung tidak banyak sehari-hari, lebih-lebih lagi dia cuma bantu menjual, tetapi tidak memasak. Pendek kata, dia tiada duit, tidak kaya rezeki wang di kampung sendiri. Dan, dia resah.
Sebelum ini, dia gembira di negara seberang perbatasan. Dia tidak menjual Pulut Ayam atau Nasi Khao Mok. Dia tidak begitu pandai bikin dua menu itu, tetapi air tangannya lebih menjadi dengan Tom Yam.
Namakan apa jenis Tom Yam. Tom Yam Kung, Tom Yam putih (Namsam), Tom Pok Tek, Tom Yam Kai (bersantan) Tom Yam Kung Mak Phrao On Nam Khon, semua dibikinnya, dalam masa cukup pantas.
Masak air hingga mendidih, masuk ramuannya, letak daun limau purut, serai, lengkuas, limau nipis, sos ikan dan siap. Yang penting, ada pes Tom Yam. Pelanggan puji air tangannya buat Tom Yam.
Restoran tempatnya bekerja di Kampung Baru tiap-tiap hari penuh dengan pelanggan sehingga ada menuduhnya guna pelaris, sedangkan dia tidak.
Dia sendiri sebagai tukang masak, banyak betul dapat kirim wang ke kampung, untuk ibunya berbelanja, untuk adik-adiknya membayar yuran belajar.
Cukup lama dia kerja di kedai Tom Yam, mula-mula di Kelantan, kemudian ada rakan mengajaknya berhijrah ke Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Kata kawannya, ada lebih ramai pelanggan yang suka makan di luar, gemarkan Tom Yam, jika yang masak orang Siam, pelanggan akan lebih ramai datang, ujar kawannya itu, yang juga kini terperuk di kampung di negara sendiri.
Pendek kata, walaupun letih, dia lebih banyak tertawa daripada murung memikirkan apa kesudahan ekonomi perut dia dan keluarga. Dan, dia gemarkan negara seberang perbatasan - Malaysia.
Dia tidak suka berada di kampungnya, di negara sendiri, di sebelah sempadan negara perbatasan. Hidup susah, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Itu soal perut sendiri, hal keselamatan lain pula.
Dalam keluarga, dia berbahasa Thailand, walaupun lidahnya lebih lembut menutur bahasa Melayu-Siam.
Tetapi, dia pernah diberi amaran oleh tentera jangan berbahasa Melayu walaupun dengan keluarga dan jiran sendiri.
"Ini Thailand, pusatnya di Bangkok, bahasa melambangkan bangsa, mesti cakap Thailand,'' itu amaran salah seorang tentera yang berkawal di simpang masuk ke kampungnya, di Sungai Padi.
Dia sendiri tidak faham, sejak 2001 lagi, tentera tidak surut-surut berkawal di simpang masuk ke kampungnya.
Dakwa mereka, ada gerakan pemisah dan jihad menentang kerajaan majoriti Buddha berakar di sekolah pondok di Sungai Padi, jadi tentera Thailand berkawal penuh di segenap tempat di kampungnya.
Mereka yang mati dibunuh, ditembak juga ramai dari kampungnya. Pemuda yang berjanji menyuntingnya sebagai suri juga mati dibunuh pada usia muda.
Tentera mendakwa, kekasihnya itu anggota pemisah. Selepas kematian kekasihnya dalam insiden di Masjid Furqan, dia bawa diri ke Malaysia.
Ada yang bertanya kepadanya punca putaran keganasan di tiga wilayah di selatan Thailand, tetapi orang kampung sepertinya juga bingung memikirkan punca sebenar.
"Tak tahu la, dah jadi macam Nasi Kerabu dah, tidak tahu apa punca, bercampur gaul. Nak kata pemisah, bukan. Nak kata kerana dadah, barangkali ada benarnya. Tetapi kerana kemiskinan pun benar juga," kata Timoh, memetik kenyataan bapa saudaranya yang berada di Bangkok, mengajar di sebuah sekolah agama.
Pendek kata, memikirkan itu semua, kepada Timoh, sesuatu yang memberatkan kepala. Tiada wang, tidak selamat dan resah. Dan, dia rasa tidak ketentuan berada di negara sendiri - Thailand.
Dia pulang semula ke kampung halaman di Thailand kerana COVID-19. Sudah dua tahun, sehingga kini.
Dia tidak suka COVID-19. Kerana COVID-19 dia terperuk di kampung. Tidak dapat memasak Tom Yam untuk pelanggannya. Tidak dapat menjual pes Tom Yam dibikinnya untuk menghasilkan duit tambahan.
Lebih penting, kerana COVID-19, virus itu menghalangnya masuk ke negara seberang perbatasan semula.
Sebelum COVID-19, dia bebas keluar masuk, naik sampan, bayar RM1.50, tunggu 10 minit sampai di sempadan Golok.
Apabila sekeping borang putih ditunjukkan kepada pegawai Imigresen, semuanya beres selepas itu.
Pendek kata, dia tidak suka COVID-19, yang menyebabkan dia terperuk di kampung, poket keluarga menipis, aktiviti ekonomi keluarga terbatas.
Kerana COVID-19, dia hilang kerja dengan duit lumayan. Bukan Timoh sahaja, tetapi kepada Deen juga, dan Abe Awae serta hampir 100,000 warga di lima wilayah di selatan Thailand.
Daripada jumlah itu, 70,000 orang termasuk Timoh, Deen dan Abe Awae pulang dari Malaysia kerana penutupan sempadan dua negara akibat COVID-19.
Semasa sebelum COVID-19 dan sempadan dua negara ditutup, dari tukang masak dia buka kedai makan Tom Yam di kawasan tumpuan di Kampung Baru, guna nama Kedai Tom Yam Seafood Kak Moh, jadi tauke.
Duit modal buka kedai datangnya daripada kerja semasa jadi tukang masak Tom Yam. Walaupun sudah menjadi tauke kedai, Timoh atau Kak Moh tetap memasak Tom Yam kerana ramai pelanggan memuji air tangannya memasak Tom Yam.
Letih jadi tauke, tetapi dia senyum lebar saat kira duit sebelum tutup kedai yang dibukanya di negara seberang sempadan - di Malaysia.
Dan, terkenang itu semua ketika di Thailand, saat sempadan belum dibuka, dia ingin benar melintas di negara seberang perbatasan.
Pada satu hari di bulan Mac, Timoh teruja mengikuti perkembangan lawatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke beberapa negara ASEAN.
Daripada Brunei ke Kemboja kemudian ke Thailand, negara tanah tumpah darahnya. Inti pati lawatannya, sempadan negara bakal dibuka. Ya, itu berita gembira, mesti tidak lama lagi, kata Timoh, yang ghairah mendengar berita itu.
Sudah terbayang, dia memasak Tom Yam semula kepada pelanggannya. Dapat diagak jumlah wang dikutip setiap malam daripada pelanggan yang datang. Dapat dicongak ibunya gembira semula dia kirim wang untuk menyara keluarga.
Dia pasti, yang lain-lain juga begitu. Kawannya, yang terperuk di kampung di Yala, yang awal-awal mengajaknya ke negara seberang perbatasan pasti tidak sabar untuk ke Malaysia semula.
Terbayang juga wajah Haji Khai, yang pernah mengajaknya untuk menjadi isteri kedua. Walaupun tidak sudi menjadi isteri kedua Haji Khai, dia rindu juga kepada usahawan bapa anak empat itu, yang datang ke kedainya hampir setiap hari.
Ini kerana lawak jenaka Haji Khai mencuit hati, selebihnya menggembirakan hari Timoh. Dan, setiap malam, sebelum lelap mata, dia harap mimpinya untuk ke negara seberang perbatasan semula jadi kenyataan.
"Ada berita gembira. Sempadan negara Malaysia-Thailand nak dibuka dah. Boleh la ke Kuala Lumpur, Kg Baru semula," kata Abe Mat, jirannya datang maklumkan kepada satu hari yang indah, sehari selepas dia bermimpi berada di Kampung Baru.
Khabar dari Abe Mat itu, menaikkan ghairahnya. Dan, dalam ghairah itu, dia kini ternanti-nanti, penuh nafsu - kepada duit untuk ekonomi perut dan kitaran hidupnya. Timoh juga mengamin syukur, mimpinya pada hari sebelum bukan mainan tidur.
*Azlinariah Abdullah ialah penulis buku Pengembara Tanpa Pasport. Buku ketiga beliau, Senandika Selatan Thailand - Luka Sembuh Parut Masih Berdarah akan masuk pasaran hujung tahun ini.
**Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dr Azlinariah Abdullah
Mon Mar 07 2022
Berita pembukaan sempadan dua negara Malaysia-Thailand dinantikan dengan penuh keterujaan kalangan warga di wilayah selatan Thailand, kebanyakannya pekerja di restoran masakan panas dan Tom Yam di Malaysia. - Gambar Astro AWANI
Mahkamah tolak saman pegawai khas AG terhadap Rewcastle-Brown
Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan oleh iaitu Mabel Sheela Mutthiah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Suspek abai penumpang ketika kapal terbakar dihukum penjara
Penantian lima tahun buat keluarga mangsa bot penyelam Conception untuk melihat suspek yang bertanggungjawab mengabai serta menyebabkan kematian 34 penumpang berakhir dengan keadilan buat mereka.
Kapten Jerry Boylan, 70 tahun dihukum penjara 10 tahun selepas terjun ke laut bagi menyelamatkan diri sendiri bersama empat anak kapal lain dalam kejadian kebakaran ngeri yang berlaku pada jam 2 pagi di Pelabuhan Platt berhampiran Pulau Santa Cruz, Santa Barbara.
Kapten Jerry Boylan, 70 tahun dihukum penjara 10 tahun selepas terjun ke laut bagi menyelamatkan diri sendiri bersama empat anak kapal lain dalam kejadian kebakaran ngeri yang berlaku pada jam 2 pagi di Pelabuhan Platt berhampiran Pulau Santa Cruz, Santa Barbara.
Pengaruh pemberontak semakin kuat & meluas di Colombia
Seorang kanak-kanak memegang belon berwarna merah, kuning dan biru -warna bendera negara Colombia di sebuah sekolah yang dibina serta dibiayai sepenuhnya oleh Estado Mayor Central (EMC), kumpulan yang diselia oleh pemberontak yang menguasai pelbagai kawasan di negara itu.
Senario ini memberi mesej mendalam bahawa usaha damai kerajaan pusat dengan kumpulan pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) yang menyelia EMC itu, dilihat sukar.
Senario ini memberi mesej mendalam bahawa usaha damai kerajaan pusat dengan kumpulan pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) yang menyelia EMC itu, dilihat sukar.
Palestin mohon Mesir benarkan permit sementara buat rakyat
Kedutaan Palestin Mesir memohon agar rakyatnya diberikan permit kependudukan untuk sementara waktu.
Duta Besar Palestin di Kaherah, Diab al-Louh pada Khamis memberitahu, kebenaran itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesengsaraan berterusan yang dihadapi penduduk di Gaza sehingga perang di wilayah itu selesai.
Duta Besar Palestin di Kaherah, Diab al-Louh pada Khamis memberitahu, kebenaran itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesengsaraan berterusan yang dihadapi penduduk di Gaza sehingga perang di wilayah itu selesai.
Malaysia kecam serangan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terang-terangan tanpa belas belas kasihan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan yang sedang menuju ke Gaza pada Rabu.
Polis surai himpunan dengan bom flash bangs
Selepas gagal untuk mematuhi arahan bersurai dalam tempoh 24 jam, polis bertindak lebih ganas dengan merempuh penghadang yang menempatkan kem penyokong Palestin di Universiti California, Los Angeles (LA).
Bukan itu sahaja, bom tangan flash bangs turut dilemparkan ke kawasan yang menempatkan mahasiswa-mahasiswa serta penyokong yang berhimpun sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Bukan itu sahaja, bom tangan flash bangs turut dilemparkan ke kawasan yang menempatkan mahasiswa-mahasiswa serta penyokong yang berhimpun sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
AS tak senang Malaysia pertahankan Iran
Mohamed Nazri memaklumkan, ini kali kedua beliau dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat sejak mula bertugas lebih setahun yang lalu.
Bantuan untuk selesaikan isu bekalan air, miskin tegar - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan 20 juta ringgit bagi menyelesaikan isu bekalan air berikutan cuaca panas yang melanda Kelantan sehingga menyaksikan penyurutan air sungai dan menjejaskan tanaman padi.
Cadangan wujud unit integriti dalam Pejabat Menteri Besar
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bercadang untuk mewujudkan unit integriti di dalam Pejabat Menteri Besar bagi mengurus tadbir kerajaan dengan lebih telus dan berwibawa.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa depan.
Malaysia sampaikan hasrat supaya Mesir buka sempadan - Speaker Dewan Rakyat
Hasrat itu telah disampaikan kepada Duta Besar Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr yang hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Pakistan buka semua lintasan sempadan utama dengan Afghanistan
Pakistan membuka semula lintasan sempadan utama dengan negara jiran Afghanistan kepada semua jenis lalu lintas pada Sabtu.
COVID-19: China akan analisis sampel daripada pelawat luar negara untuk kenal pasti varian
China yang membuka sempadannya pada Ahad selepas tiga tahun sekatan akibat COVID-19 akan menganalisis sampel daripada penumpang luar negara yang positif koronavirus untuk menentukan varian.
Hong Kong rancang umum rancangan buka sempadan dengan Tanah Besar China
Pihak berkuasa menyasarkan untuk membuka semula semua pintu masuk antara kedua-dua pihak secara beransur-ansur, teratur dan menyeluruh.
Thailand wajar buka sempadan bersamanya dengan Myanmar mudahkan bantuan kemanusiaan
Malaysia dan Indonesia selaku anggota pengasas ASEAN perlu menerajui usaha untuk meminta Thailand membuka sempadannya dengan Myanmar bagi memudahkan usaha bantuan kemanusiaan dilaksanakan.
Buka sempadan: Padang Besar lengang, hanya 8 individu masuk ke Thailand
Keadaan itu tidak ubah seperti apa yang berlaku di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Wang Kelian, Perlis, 1 April lalu.
Seramai 204,927 pelawat Singapura masuki negara sejak 1 April - Nancy
Trend peningkatan itu memberi sinar harapan meyakinkan bahawa sektor pelancongan negara dalam landasan pemulihan positif.
Pembukaan sempadan negara: Peniaga kuih raya tidak menang tangan
Walaupun terdapat permintaan tinggi daripada pelanggan, ada yang berdepan masalah pengeluaran produk kerana kekurangan tenaga pekerja.
Sarawak dipilih destinasi lawatan pelancong sempena MATTA Fair 2022
Penyertaan Sarawak dalam pameran pelancongan pengguna terbesar negara itu, adalah tepat pada masanya susulan pembukaan semula sempadan negara.
Tiga stesen minyak disiasat benarkan kenderaan asing isi RON95 - KPDNHEP
KPDNHEP menerima tujuh aduan berkaitan dakwaan itu setakat ini.