Saban hari kita akan digemparkan dengan kes pembuangan bayi, sama ada bayi itu masih hidup ataupun telah meninggal dunia.
Walaupun tindakan itu dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan, tetapi itulah realiti yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita.
Berdasarkan laporan akhbar, 577 kes pembuangan bayi dan janin direkodkan antara Januari 2014 hingga Disember 2018.
Negeri Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 135 kes dalam tempoh lima tahun itu diikuti Sabah (67 kes), Johor dan Kuala Lumpur (62 kes), Kedah (42 kes), Perak (35 kes) dan Pahang (33 kes).
Pengurus Besar Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Kuching, Nurhazimah Mahat berkata masalah sosial dalam kalangan masyarakat adalah masalah yang sukar untuk dibendung.
Justeru, KPJ terpanggil untuk menyediakan tempat Pelindung Bayi bagi membenarkan ibu yang melahirkan anak luar nikah meletakkan bayi mereka di tempat yang selamat sekiranya mereka tidak menginginkan bayi itu.
Tempat Pelindungan Bayi ini adalah hasil usahasama antara pihak KPJ, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Hospital kerajaan. Setakat ini, 10 buah tempat Pelindung Bayi KPJ telah diwujudkan di seluruh Malaysia.
"Kita sedih apabila ada individu yang mengambil jalan pintas dengan membuang bayi di tempat yang tidak sepatutnya seperti di tong sampah dan tempat kumbahan. Di manakah sifat keibuan mereka," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
Di Kuching, sejak Prlindung Bayi itu dibuka pada tahun 2017, pihak KPJ telah merekodkan tiga kes bayi yang ditinggalkan di tempat perlindung.
Namun, seorang daripada bayi itu telah meninggal dunia pada saat ia diletakkan di dalam perlindung itu, kata Nurhazimah.
"Ketika pihak kami mahu mengambil bayi itu, ia sudah tidak bernyawa di mana badannya kelihatan kebiru-biruan. Bagaimanapun, pihak KPJ tetap menjalankan prosedur pemeriksaan sebelum mayat bayi itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Jelas Nurhazimah, identiti ibu yang meninggalkan bayi itu juga tidak akan diselidik supaya mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Mengenai prosedur pengurusan bayi yang diletakkan di perlindung itu, Nurhazimah berkata, pada saat bayi itu berada di tangan pihaknya, segala pemeriksaan normal bagi bayi yang baru lahir akan dijalankan oleh para pegawai perubatan.
"Jika bayi itu memerlukan rawatan susulan, bayi itu akan diserahkan kepada pakar kanak-kanak untuk dipantau rapi. Kemudian KPJ akan memaklumkan perkara berkenaan kepada Polis dan JKM untuk prosedur pengurusan seterusnya," katanya.
Setelah pihak JKM mendapat perintah mahkamah, bayi berkenaan akan diserahkan di bawah penjagaan JKM, sehinggalah bayi itu diambil menjadi anak angkat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2019
KPJ terpanggil untuk menyediakan tempat Perlindung Bayi bagi membenarkan ibu yang melahirkan anak luar nikah meletakkan bayi mereka di tempat yang selamat sekiranya mereka tidak menginginkan bayi itu. - Gambar hiasan
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Zelenskyy berkata Moscow tidak mempunyai keinginan untuk berdamai dan mereka hanya boleh dipaksa meninggalkan Ukraine.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Tentera Ukraine menembak jatuh pesawat pejuang pengebom SU-25 Rusia di wilayah Donetsk di timur Ukraine pada Sabtu kata presidennya, Volodymyr Zelenskiy.
Panama bersedia untuk pemilihan Presiden
Panama bersedia untuk pilihan raya Presiden di tengah-tengah krisis politik yang dihangatkan dengan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan memerintah.
Penunjuk perasaan pro Palestin ditahan polis Virginia
Polis menahan beberapa penunjuk perasaan di Universiti Virginia pada Sabtu semasa puluhan pelajar menduduki perkhemahan pro-Palestin di kampus selepas menyifatkan perhimpunan itu sebagai menyalahi undang-undang.
Hampir 100% sedia, TH tunggu kt pertama 9 Mei ini
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai persediaan Lembaga Tabung Haji (TH) menjelang ketibaan KT pertama jemaah haji Malaysia di Madinah pada 9 Mei ini.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Isteriku ternyata lelaki, terbongkar selepas 12 hari menikah
Adinda kini telah ditahan pihak polis selepas laporan dibuat oleh keluarga AK.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Khalifah Jelutong malam tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan polis Virginia
Pasukan polis anti rusuhan dilaporkan menyerbu kawasan perkhemahan sekitar jam 3 petang waktu tempatan.
Mari meriahkan hari terakhir Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara
Acara penutup yang dijadual bermula 10 pagi itu diadakan serentak dengan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Pulau Pinang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Wanita di Gaza perlu gencatan senjata segera - Ketua Wanita PBB
Sima Bahous membangkitkan kesukaran yang dialami wanita di Gaza, sambil menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera.
Sampel organ bayi maut di rumah pengasuh diambil untuk siasatan lanjut - Polis
Punca kematian bayi perempuan berusia tiga bulan di rumah pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya, Selasa lalu, masih belum dikenal pasti.
Ibu tukar pengakuan tidak bersalah beri anak 16 bulan, susu campur dadah
Tertuduh mengubah pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca semula di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor.
2 termasuk bayi maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Serangan berterusan Israel setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 30,960 orang dan 73,000 lagi cedera.
Bayi ditinggal depan kedai, ADUN minta kendalikan kes dengan ihsan
Pemimpin masyarakat di kawasan berkenaan turut mengendalikan bayi itu dengan baik dan dalam masa sama menghubungi pihak berkuasa.
Bayi kongsi inkubator akibat kesesakan di Rafah
Keadaan ini menyebabkan penularan penyakit dalam kalangan bayi-bayi itu.
Suami isteri bancuh susu bayi guna cecair syabu diberkas
Bayi pasangan itu kini berada dalam pemantauan pihak Hospital Kajang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Suami isteri namakan bayi M Prabowo Gibran
Sepasang suami isteri menamakan anak mereka yang baru dilahirkan, M Prabowo Gibran sempena kelahiran anak yang jatuh di hari pesta demokrasi Indonesia.