BIJI kopi yang dikisar dan dipanggang di hadapan pelanggan antara tumpuan penduduk tempatan dan pengunjung yang datang ke Pekan Sehari di Temerloh, Pahang.
Aroma kopi yang wangi serta menepati cita rasa antara sebab mengapa kopi jualan Wong Tiang Kuang kekal laris sejak 43 tahun lalu.
Hanya di Pekan Sehari Temerloh sahaja anda boleh mendapatkan kopi campuran robusta dan arabica yang dipanggang menggunakan mesin khas berenjin petrol yang digunakan sejak empat abad lalu.
Menurut Wong, 77 tahun, rasa kopi yang lain daripada yang lain membuatkan orang ramai tidak pernah putus untuk mendapatkan bekalan.
“Saya hanya berniaga di sini pada Ahad setiap minggu. Rasa kopi saya memang kaw dan lain daripada yang lain, sebab itu orang ramai yang datang ke Pekan Sehari pasti akan beli serbuk kopi daripada saya,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Tiada resepi rahsia, hanya kemahiran memproses biji kopi mentah daripada mendiang ayahnya Wong Peng sejak 1975.
Malah ada pembeli yang sanggup datang ke pasar sehari ini dari Kuala Lumpur hanya untuk mendapatkan kopi yang serba berbeza ini.
Menurut pembeli Zaleha Abdul Jalil, 74 tahun, dia sudah menikmati kopi dari gerai Wong itu sejak di bangku persekolahan.
“Sekarang ini saya menetap di Kuala Lumpur. Setiap kali ke sini saya tidak akan melepaskan peluang untuk membeli untuk dibawa balik.
“Rasanya yang lain daripada lain itu membuatkan saya terus membelinya sehingga sekarang,” jelasnya.
Sementara itu, pasar sehari sepanjang 1.8 kilometer yang dibuka setiap Ahad bermula 7 pagi hingga 1 tengah hari ini sering menjadi tumpuan kerana di sinilah pelbagai hasil kampung yang sukar diperoleh di tempat lain dijual.
Ikan patin buah dan sangkar, sayur kampung dan kuih-muih tradisional antara hasil kampung yang boleh didapati di sini.
Nursyazwani Saiful Sham
Sun Aug 05 2018
Menurut Wong, rasa kopi yang lain daripada yang lain itu membuatkan orang ramai tidak pernah putus untuk mendapatkan bekalan serbuk kopinya. -Astro AWANI/ Siti Nursyazwani
Filem baharu Mawi kupas kisah penyakit misteri Ustaz Kazim
Semasa penggambaram filem Zim Zim Ala Kazim, penyakit misteri Ustaz Kazim datang balik, darah keluar dari kulit badan penceramah itu.
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
[TERKINI] Tujuh individu direman di IPD Seri Alam
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman di IPD Seri Alam bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
[TERKINI] Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian – Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat, hingga menyebabkan kematian dua anggota polis, didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ibu bapa menabung bolehkan 8 sekeluarga tunai haji bersama
Bagi musim haji 1445H/2024M, kehadiran lapan sekeluarga termasuk lima beradik mendapat rezeki mengerjakan haji serentak disumbang hasil perancangan serta simpanan wang selama lebih 18 tahun oleh ibu bapa mereka, yang berhajat mahukan semua anaknya menunaikan haji di usia muda.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari
Tujuh individu yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman selama tujuh hari hingga 24 Mei.
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota dituntut keluarga
Jenazah Ahmad Azza dan Muhamad Syafiq dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir.
[TERKINI] Sidang media KDN berhubung serangan balai polis
Ikuti sidang media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pasca serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
Kandang ternakan khinzir di sebelah kolam ikan patin, video lama - DOF
DOF dalam kenyataan hari ini memaklumkan penularan video lama serta berita tidak sahih sedemikian adalah tidak wajar.
Tragedi konvoi tiga sahabat
Kemalangan melibatkan tiga motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan kereta jenis Peugeot.
Fenomena El-Nino antara faktor kekurangan benih ikan patin
Keadaan cuaca yang tidak menentu akibat Fenomena El-Nino ketika ini merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kekurangan benih ikan patin, kata Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain.
'Abang lori' jadi tukang masak, tauke tempoyak ikan patin
Samsul berkata pemilik restoran perlu mengekalkan resipi agar kualitinya sentiasa berada pada tahap terbaik dan tidak 'kedekut' dalam penggunaan bahan masakan.
"Tak habis makan ni..." - Kemunculan patin gergasi gemparkan penduduk
Penduduk Kampung Binjai Jejawi, Lubok Jong gempar apabila menemui seekor ikan patin seberat 150 kilogram (kg) di Sungai Lubok Jong, di sini, pagi tadi.
Kopi Wong tarikan unik pekan Temerloh
Aroma kopi wangi serta menepati cita rasa antara sebab mengapa kopi jualan Wong Tiang Kuang masih laris walaupun sudah 43 tahun berniaga.
Penternak dakwa industri ikan patin Temerloh semakin gelap
Menurut mereka, industri ikan patin sangkar perlu diberi perhatian kerana ia mampu memberikan pulangan lumayan kepada rakyat jika dilakukan secara bersungguh-sungguh.
Bukan sahaja Siti Nurhaliza, Sultan Pahang juga makan di sini..
Resepi turun temurun sejak 40 tahun lalu adalah rahsia restoran SZ Rahmah sering kali menjadi tumpuan penggemar ikan air tawar itu di Temerloh.
Penemuan tulang babi dalam kolam ikan patin isu lama
Jabatan Perikanan berkata kes tersebut merupakan isu lama dan pihaknya telah ambil tindakan ke atas premis tersebut yang kini ditutup.
Patin sangkar di Kampung Lebak jadi pilihan warga asing
Ikan patin sangkar itu bukan sahaja menjadi makanan pilihan orang Melayu semata-mata kerana ia turut digemari rakyat dari luar negara yang bekerja di Malaysia.