Petisyen Menyeru Angkatan Tentera Malaysia berjihad membebaskan Masjidil Aqsa dan Palestin

Petisyen Menyeru Angkatan Tentera Malaysia berjihad membebaskan Masjidil Aqsa dan Palestin

Started
17 May 2021
Petition to
Angkatan Tentera Malaysia
Signatures: 3,805Next Goal: 5,000
Support now

Why this petition matters

Started by Hizbut Tahrir Malaysia

Perkembangan terkini yang terjadi di Palestin saat ini merupakan satu lagi episod pilu yang melanda umat Islam di sana setelah lebih tujuh dekad berada di bawah cengkaman rejim haram Yahudi. Di sepanjang sejarah kelam ini, mereka telah diusir, dipenjarakan, bahkan dibunuh sewenang-wenangnya oleh tentera rejim Yahudi tanpa pembelaan sewajarnya. Sesungguhnya kitaran keganasan oleh Yahudi ini akan terus berputar tanpa kesudahan seandainya kemelut yang melanda tidak ditangani dengan penyelesaian yang hakiki.

Wahai kaum Muslimin!

Satu-satunya jalan untuk membebaskan Palestin dan al-Aqsa ialah dengan jihad fi sabilillah oleh tentera kaum Muslimin, tidak ada jalan lain lagi. Sebagaimana Sallehuddin al-Ayubi mengerahkan tentera untuk membebaskan Palestin, begitulah juga apa yang wajib dilakukan pada hari ini jika kita ingin membebaskan Palestin dari cengkaman kaum Yahudi laknatullah.

Sebagai Muslim, kita wajib terus memuhasabah penguasa dan tentera kaum Muslimin agar bergerak, walaupun kita yakin bahawa para penguasa ini tidak akan bergerak, dan kita yakin bahawa tentera kaum Muslimin tidak akan bergerak di bawah para penguasa yang khianat dan bacul ini. Namun demikian, tanggungjawab dan kewajipan kita tetap perlu dilakukan dengan memuhasabah dan menyeru mereka, dengan apa cara sekalipun.

Alasan yang diberikan oleh tentera yang ikhlas bahawa kaki dan tangan mereka dirantai oleh para penguasa, adalah suatu fakta yang benar, namun fakta ini tidak boleh diterima. Ini kerana para tentera sebenarnya mampu memutuskan rantai tersebut, dan ia adalah cukup mudah untuk mereka memutuskannya! Mereka perlu berpaling daripada para penguasa yang berpaling daripada perintah Allah ini, dan mereka wajib bergerak menuju panggilan Allah (jihad), yang insya Allah akan memberikan kemenangan dan kemuliaan kepada mereka, baik di dunia mahupun di akhirat.

Kita dengan ini menyeru para tentera, khususnya Angkatan Tentera Malaysia untuk bergerak menunaikan kewajipan mereka (jihad) di bumi Palestin yang sedang memanggil mereka. Inilah penyelesaian hakiki untuk masalah Palestin. Kita menyeru tentera untuk bergerak demi Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya apa yang mereka cari selama ini – syahid dan kemenangan - ada di Palestin sekarang ini. Apabila mereka bergerak, nescaya Allah mengirimkan para malaikat untuk bergerak bersama mereka. Firman-Nya,

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

“Berangkatlah kalian baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah kalian dengan harta dan diri kalian di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kalian, jika kalian mengetahui” [At-Taubah (9): 41].

إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُمْ بِأَلْفٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ مُرْدِفِينَ وَمَا جَعَلَهُ اللَّهُ إِلَّا بُشْرَىٰ وَلِتَطْمَئِنَّ بِهِ قُلُوبُكُمْ ۚ وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

(Ingatlah), ketika kalian memohon pertolongan kepada Tuhan kalian, lalu diperkenankan-Nya bagi kalian: "Sesungguhnya Aku akan mengirimkan bala bantuan kepada kalian dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”. Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai khabar gembira dan agar hati kalian menjadi tenteram dengannya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” [Al-Anfal (8): 9-10].

Kami dengan ini menyeru seluruh Muslim, untuk menandatangani petisyen ini sebagai salah satu usaha memuhasabah penguasa dan para tentera kaum Muslimin untuk bergerak menunaikan kewajipan jihad yang terpikul di bahu mereka. Semoga usaha kecil ini menjadi hujah buat kita di Padang Mahsyar kelak, bahawa kita telah melakukan sesuatu dan tidak berdiam diri tatkala saudara-saudara kita dizalimi dan memerlukan pembelaan.

 

Support now
Signatures: 3,805Next Goal: 5,000
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code

Decision-Makers

  • Angkatan Tentera Malaysia