'Bossku dizalimi' - NGO ajak hadir himpunan 'henti aniaya Najib'

  • 2 years ago
Sebuah NGO dikenali sebagai Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia meminta orang ramai menghadiri perhimpunan bagi 'menghentikan penganiayaan' terhadap Najib Razak.

Pengerusinya Syed Muhammad Imran SN Syed Abdul Aziz berkata bekas perdana menteri itu telah dizalimi dan dinafikan hak mendapat keadilan dalam kes mahkamah yang dihadapinya.