Taman KLCC

Taman KLCC
Bersantai di tepi tasik sambil merenung latar langit kota atau bersiar-siar di dataran untuk melihat patung, ciri-ciri air dan taman berseni laman.

KLCC bermaksud Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur dan sebenarnya Taman KLCC terletak betul-betul di tengah bandar, di kaki Menara Kembar PETRONAS yang tersergam indah. Ambil perhatian bahawa Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di Taman KLCC, turut menggunakan singkatan "KLCC". Taman seluas 50 ekar (20 hektar) ini ialah tempat percutian yang popular untuk berehat daripada kesibukan kota bagi penduduk tempatan dan pelancong juga. Terdapat kawasan permainan untuk kanak-kanak, sebuah tasik dengan jet air tekanan tinggi, laluan untuk berjalan dan berjoging, patung dan halaman berumput.Bersiar-siar di laluan pejalan kaki dan amati taman berseni laman yang bersih dan rapi atau dapatkan tempat yang selesa untuk memerhatikan kehidupan burung. Lebih kurang 2,000 batang pokok palma dan tumbuhan asli telah dipilih khusus untuk menarik pelbagai jenis burung tempatan dan yang berhijrah ke taman ini. Alihkan pandangan anda ke arah pencakar langit di tengah Kuala Lumpur ini untuk mengagumi skala dan kemegahan kota terbesar di Malaysia.Singgah pada waktu senja untuk melihat menara PETRONAS disinari cahaya dan menonton persembahan air dan cahaya di Tasik Simfoni. Semasa pertunjukan air pancut yang menawan ini, berdozen-dozen jet air di dalam tasik buatan manusia ini memancutkan air tinggi ke udara mengikut alunan irama muzik yang dimainkan manakala alur cahaya berwarna-warni menyinari alirannya. Jika anda tidak dapat menghadiri sesi malam, terdapat persembahan pada waktu tengah hari yang diadakan pada setiap hari juga. Susuri sekeliling tasik dan kagumi pelbagai arca yang menarik perhatian atau duduk di kafe pinggir air untuk mengisi perut. Bawa anak ke taman permainan atau bermain percikan air di dalam kolam randuk. Kedua-duanya direka bentuk untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun, tetapi ibu bapa turut dibenarkan menyertai keseronokan ini. Tuju ke pinggir utara taman ini untuk mencari masjid yang besar dikenali sebagai Masjid As Syakirin. Para pelawat perlu menunjukkan rasa hormat dengan tidak memakai pakaian menjolok mata manakala wanita perlu memakai tudung kepala. Sebaik-baiknya jangan melawat semasa waktu solat atau pada hari perayaan keagamaan. Mudah untuk mencari Taman KLCC yang berada di sebelah tenggara Menara Kembar PETRONAS. Taman ini turut boleh ditujui dari kedua-dua menara dan jalan-jalan di sekelilingnya. Jika anda memandu, terdapat tempat letak kereta berbayar di bawah taman, yang turut mempunyai stesen Transit Aliran Ringan (LRT). Taman ini dibuka dari waktu pagi hingga malam dan boleh dimasuki secara percuma.

Lawatan pelayaran persiaran & bot

Lihat semua 22 aktivitiTerbuka dalam tab baharu

Makanan, Minuman & Hiburan Malam

Lihat semua 71 aktivitiTerbuka dalam tab baharu

Tempat popular untuk dilawati


Tawaran Hotel Terbaik

Corus Hotel Kuala Lumpur
Corus Hotel Kuala Lumpur
4 out of 5
Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Corus Hotel Kuala Lumpur
Mandarin Oriental, Kuala Lumpur
Mandarin Oriental, Kuala Lumpur
5 out of 5
Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur
Mandarin Oriental, Kuala Lumpur
JW Marriott Kuala Lumpur
JW Marriott Kuala Lumpur
5 out of 5
183 Jalan Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
JW Marriott Kuala Lumpur
Traders Hotel Kuala Lumpur
Traders Hotel Kuala Lumpur
5 out of 5
Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur
Traders Hotel Kuala Lumpur
PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur
PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur
5 out of 5
Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur
Grand Hyatt Kuala Lumpur
Grand Hyatt Kuala Lumpur
5 out of 5
12 Jalan Pinang, Kuala Lumpur
Grand Hyatt Kuala Lumpur
InterContinental Kuala Lumpur, an IHG Hotel
InterContinental Kuala Lumpur, an IHG Hotel
5 out of 5
165 Jalan Ampang, Kuala Lumpur
InterContinental Kuala Lumpur, an IHG Hotel
Impiana KLCC Hotel
Impiana KLCC Hotel
4.5 out of 5
13 Jalan Pinang, Kuala Lumpur
Impiana KLCC Hotel
PARKROYAL Serviced Suites Kuala Lumpur
PARKROYAL Serviced Suites Kuala Lumpur
5 out of 5
No. 1, Jalan Nagasari, Off Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur
PARKROYAL Serviced Suites Kuala Lumpur
Harga satu malam terendah ditemui dalam masa 24 jam yang lalu berdasarkan penginapan 1 malam untuk 2 orang dewasa. Harga dan ketersediaan tertakluk pada perubahan. Terma tambahan mungkin dikenakan.