Jump to ratings and reviews
Rate this book

Menunggumu Di Pintu Syurga

Rate this book
Selama ini saya hanya dikenali sebagai seorang anak seni. Saya menyanyi dan saya berlakon. Lalu apabila disebutkan nama Linda Rafar, perkara pertama yang datang dalam fikiran orang lain, adalah seorang artis. Tidak lebih daripada itu.

Namun, sejujurnya, gelaran yang paling saya sukai, paling saya gemari bukanlah artis ataupun selebriti, tetapi saya paling suka adalah gelaran sebagai seorang ibu. Saya adalah ibu, dan saya berbangga dengan gelaran itu.

Lalu saya menuliskan kisah ini, bukan atas kapasiti saya sebagai seorang selebriti, tetapi sebagai seorang ibu yang kehilangan seorang anak. Memang bukan saya sahaja yang pernah merasai kehilangan anak, bukan sahaja seorang yang pernah melalui jalan pedih perih ini, tetapi tidak ramai yang berkongsi tentang 'rasa' itu, dan saya beranikan diri untuk berkongsi 'rasa', kerana dalam 'rasa' itu ada banyak perkara yang dapat dijadikan panduan, yang dapat dijadikan teladan, khasnya kepada ibu-ibu dan para bakal ibu. Ini kerana anak kita walaupun umurnya lebih muda daripada kita, belum tentu akan hidup jauh lebih lama daripada kita. Pedihnya pengalaman itu, saya fikir tidak akan hilang.

Tujuan kedua saya menuliskan buku ini untuk penghargaan kepada arwah Memen. Penghargaan bukan kerana dia anak saya, tetapi kisah-kisah selama dia masih hidup, sebenarnya menyentuh hati ramai manusia, yang sayangnya saya tidak sedar. Lalu pada ketika dia sudah tiada, barulah kisah demi kisah datang kepada saya. Kisah-kisah yang memberi hikmah kepada yang mahu mengambilkan hikmahnya.

Semoga, dengan buku ini, kita semua akan mendapatkan rahmat daripada Allah s.w.t.

Al-Fatihah.

---------------------------

Buku ini dibahagikan kepada 2 bahagian. Ia diselitkan dengan gambar-gambar arwah semasa masih sihat sehingga saat-saat getir beliau sebelum dijemput Ilahi.

*Pada permulaan buku ini juga akan disertakan testimoni daripada rakan-rakan, guru, saudara mara dan kenalan arwah berkenaan arwah berserta gambar-gambar mereka bersama arwah.

Bahagian 1: Bahagian ini menceritakan tentang Memen. Siapa Memen dan bagaimana akhirnya Memen menemui Penciptanya.

Bahagian 2: Bahagian ini akan disampaikan dalam bentuk cerita pendek (cerpen), yang mana cerpen itu adalah inspirasi daripada kisah-kisah Memen. Kisah-kisah itu sangat memberi inspirasi, tetapi kami kekurangan detail peristiwa dan ia berlubang di sana-sini. Sayang sekiranya kisah-kisah itu diceritakan hanya satu perenggan. Sedangkan ia sangat bermanfaat bagi diulas lalu dan dipanjangkan menjadi sebuah cerita lengkap.

110 pages

First published January 1, 2014

Loading interface...
Loading interface...

About the author

Linda Rafar

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (30%)
4 stars
11 (47%)
3 stars
5 (21%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books98 followers
November 8, 2014
Bismillahirrahmanirrahim.

Ibu mana yang mahu anaknya jatuh sakit. Saya pasti semua ibu di dunia berusaha menyembuhkan anaknya jika mereka sakit.

Ujian yang Allah beri sebenarnya mengikut kemampuan seseorang hamba kerana Dia tidak akan menzalimi hamba-Nya sebaliknya kitalah yang menzalimi diri kita.

Ya, selepas anaknya pergi baru diketahui sifat-sifat anaknya yang selama ini tidak diketahui. Sungguh Memen antara anak dan rakan yang baik. Semoga Allah membalas kebaikannya.

Semoga Linda Rafar dan keluarga tabah menerima pemergian anak tersayang.
Profile Image for SS.
430 reviews
March 9, 2019
Perkongsian yang hebat dari Linda Rafar mengenai arwah anaknya, Memen yang menghidap penyakit kanser. Terasa juga kesedihan dalam hati ni bila baca. Ringkas dan padat penulisannya & straight forward.

Bila baca part kemoterapi yg arwah Memen kena buat. Rasa tak sanggup. Arwah sangat tabah dan kuat semangat. Dalam sakit, dia tetap tidak lupa dekatkan diri dgn Allah.

Semoga arwah Memen ditempatkan di kalangan orang yang beriman & terimakasih buat Linda Rafar atas perkongsian cerita yang bkn semua org mampu utk ceritakan. Sebab 'kehilangan' org yg kita sayang adalah suatu perkara yang sangat sukar utk kita explain dgn kata-kata. But she did it. Just to share with us.
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
269 reviews15 followers
August 24, 2016
Coretan kisah menyayat hati artis popular Malaysia Linda Rafar yang kehilangan anak keduanya Memen kerana penyakit kanser.

Cara penyampaian yang ringkas membuatkan buku ini mudah untuk difahami. Namun rasa tidak puas membacanya seakan-akan penulis masih tidak menceritakan sepenuhnya cerita-cerita lain perihal arwah anaknya ini.

Dicadangkan untuk bacaan umum sesiapa saja, lebih-lebih lagi untuk ibubapa diluar sana.
Profile Image for Fiza Amin.
7 reviews
February 16, 2015
Berat mata memandang...
Rasa tersentuh dengan kisah yang dibukukan oleh seorang ibu yang terpilih oleh Allah untuk mengharungi dugaan berhadapan dengan anak yang menghidap kanser. Ketika hayat anak ini begitu istimewa dan menyenangkan insan2 yang dekat dengannya. Berbahagialah dikau di taman syurga. Al Fatihah...

Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.