Skip to content

5 Tips Khusyuk Dalam Solat

Loading

Cuba tanyakan pada diri, bagaimana fikiran, perasaan dan rasa hati semasa mengerjakan solat?

Adakah fokus dan tertumpu sepenuhnya kepada Allah swt? Atau hati masih liar, fikiran masih merawang dan perasaan masih kacau semasa mendirikan solat?

“Dan berjayalah orang yang beriman, yakni orang yang khusyuk dalam solatnya.” -Surah al-Mu’minun:23

Maksud khusyuk dalam solat?

Solat yang khusyuk apabila hati, fikiran, perasaan dan seluruh pancaindera tunduk patuh kepada Allah Swt sepanjang waktu mengerjakan solat.

Cara meraih khusyuk dalam solat

  1. Memahami setiap bacaan solat

Perkara ini perlu dimulakan dengan memahami makna bacaan (rukun qauli) dan erti setiap perbuatan dalam solat.

“Jangan jadi seperti burung kakak tua yang hanya pandai menuturkan kata-kata tetapi tidak tahu apa makna dan maksudnya.”

Sesuai dengan ungkapan ini, kita digalakkan untuk mempelajari dan menghayati setiap perbuatan dan bacaan dalam solat kerana ini akan membantu khusyuk dalam solat. Alangkah sia-sianya jika kita hanya bersolat namun tidak memahami apa-apa yang dibaca semasa solat.

  1. Solat dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa

Perlakuan solat seperti tidak mempunyai tamakninah antara rukuk dan sujud serta tergesa-gesa dilarang oleh Allah Swt. Baginda Saw mengingatkan dalam sabdanya:

“Sesungguhnya Nabi Saw masuk ke dalam sebuah masjid lalu seorang lelaki juga turut masuk ke dalam masjid tersebut dan dia melakukan solat dua rakaat kemudian dia datang ke arah Nabi dan memberi salam kepada baginda. Maka Rasulullah SAW menjawab salam tersebut lalu berkata: Pergilah kamu dan solatlah kembali kerana sesungguhnya kamu masih belum solat.”(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Solat memerlukan tumpuan dan dilakukan dengan berhati-hati. Ketika ini, kita diibaratkan bertemu dengan seorang raja.

Bukankah jika bertemu dengan seorang raja, kita akan berasa takut dan kagum? Maka, dengan Allah Swt wajarlah seseorang berasa lebih gerun dan dalam masa sama berharap Allah menerima doa serta permintaannya.

  1. Memakai pakaian yang paling selesa dan cantik ketika solat

Salah satu langkah yang boleh dipraktikkan untuk mencapai khusyuk di dalam solat adalah sebolehnya berpakaian pakaian yang paling selesa, suci dan khas untuk solat. Pilih pakaian  yang diperbuat daripada material yang selesa agar tidak berpeluh apabila panas dan tidak longgar atau ketat sehingga mengganggu pergerakan solat.

Selain itu, pilihlah pakaian yang paling cantik, sempurna kerana solat untuk menghadap Allah swt, dan Allah swt sangat sukakan kecantikkan.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

  1. Ingat Kematian

Sabda Baginda Nabi SAW,

“Ingatlah kematian dalam solatmu kerana jika seseorang mengingat mati dalam solatnya, maka ia akan memperelokkan solatnya. Solatlah seperti solat orang yang tidak menyangka bahawa dia masih berkesempatan untuk melakukan solat yang lain. Hati-hatilah dengan perkara yang kelak kamu terpaksa meminta uzur (meralatnya) (kerana tidak mampu memenuhinya)”. Hadis Riwayat al-Baihaqi

Matinya seseorang mukmim maka terhentilah waktu untuk beramal dan beribadah. Oleh itu, sentiasalah beringat bahawa solat yang didirikan adalah solat yang terakhir dan mendirikannya dengan sehabis baik berserta khusyuk.

  1. Pengharapan yang Tinggi kepada Allah SWT

Allah Swt adalah tempat kita untuk berharap. Solat adalah bukti pergantungan hamba kepada Allah kerana ketika ini kita paling dekat dengan Allah SWT terutama ketika sujud.

“Hanya orang mukmin yang sebenar itu apabila disebut saja nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibaca ayat al-Quran, bertambahlah keimanan mereka dan hanya kepada Allah sajalah mereka menyerah diri.” (Al-Anfal:2)

Oleh sebab Allah adalah tumpuan segala hajat, maka kita akan berusaha untuk khusyuk agar Allah SWT memakbulkan setiap doa kita.

Loading

6 Comments

  1. T.kasih. In Syaa Allah, sy akan berusaha utk mmahami mkna/ trjmahan dlm solat. Sy akn cuba khusyuk dlm solat. Ya, dlm solat lh, Kita berdpn dgn Allah scara direct utk mmohon/mminta segala2 agar Allah mmudahkn srta mngmpunkn dosa2 yg lalu maupun kini.
    In Syaa Allah…Ya, Kita xtahu..d manakh pngakirn Kita, adakh ktika sujud atau d mana

    • Alhamdulillah. Semoga Allah swt permudahkan urusan puan 🥰❤️

  2. Terima kasih ..Insya Allah saya jg mengkhadiri kelas ilmu melalui kitab solat sempurna..semoga ilmu yg dipelajari akan memperelokkan lg solat saya dan diterima Allah swt..Insya Allah

    • Sama-sama puan. Alhamdulillah. Semoga dengan menghadiri kelas-kelas ilmu dapat memperbaiki solat kita. InshaaAllah mudah-mudahan. Aaamin ya rabbal alamin.

  3. Ya Allah,semoga solatku diterima Olehmu ya Allah..in Sha Allah,semoga aku sentiasa diberi petunjuk dan hidayah dan diberi jalan UTK khusyuk dalam solat.Ampunkan aku dan seluruh umat nabi Muhammad (saw) dan jadikan kami hamba yg sentiasa mendirikan solat yang sempurna untuk mencari dan mendapatkan keredhaan darimu ya Allah

    • InshaaAllah mudah-mudahan. Aamin ya rabb 🤲🏻


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Print
Pengetahuan

Aktiviti & Artikel Terbaru

Daftar dan terus belajar Kaedah Haraki