Bertuah mereka yang berpeluang menjadi tetamu Allah musim haji kali ini. Seharusnya jemaah haji yang telah berpeluang menjadi tetamu Allah pada tahun ini menginsafi dan bermuhasabah diri terhadap peluang dan anugerah yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Betapa ramai yang masih menunggu giliran dan menanti dengan penuh sabar untuk dimenjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah. Gunakanlah peluang ini sebaik mungkin untuk melakukan sebanyak-banyak amal ibadah.

Photo by -shams-alam-ansari from Pexels.

Berikut perkongsian Najmi Farisham tentang amalan-amalan yang boleh dilakukan ketika menjadi tetamu Allah.

Kawan-kawan yang sedang berada di Tanah Haram Mekah, manfaatkanlah peluang ketika di sana sebaiknya. Sesungguhnya, kalian berada disebaik-baik tempat atas muka bumi ini.

Pulunlah berbuat ibadat di sana. Perbanyakkanlah solat sunat terutamanya di Masjidilharam. Punyalah besar rahmat Tuhan, sehingga memberikan gandaan 100 ribu kali tiap satu solat yang kita kerjakan.

IKLAN

Solat fardu, sudah semestinya berjemaah di masjid. Solat-solat sunat yang lainnya pula, buat banyak-banyak.

Tiap kali masuk masjid, buat solat sunat tahiyatul masjid.
Tiap kali selesai berwuduk, buat solat sunat wuduk.
Tiap kali selepas azan, buat solat sunat qabliyyah.
Tiap kali siap solat fardu, buat solat sunat ba’diyyah.
Terjaga di tengah malam, buat solat sunat tahajud dan witir.
Sambil-sambil tunggu hendak keluar ziarah, buat solat sunat duha.

Kautlah pahala berlipat ganda ini semaksima mungkin. Anggaplah ini kali terakhir kita berada di sana. Persiapkanlah bekal yang utuh untuk dibawa bertemu Sang Pencipta.

IKLAN

Jika Ramadan lepas, kita sibuk meneka malam yang manakah Lailatul Qadar. Namun bagi kelebihan Tanah Haram Mekah ini, lain. Sudah jelas sejelasnya, bahawa di situlah tempat Tuhan melipat gandakan pahala kebaikan. Manfaatkanlah.

Sesungguhnya, tiap jiwa orang Mukmin sangat mengimpikan untuk beribadat di sana. Moga kita semua sempat merasai nikmat ini, insya-Allah.

IKLAN

HIJABISTA: Amalan ibadah haji yang telah dilaksanakan ketika di Tanah Suci biarlah terus berkesinambungan dan berkekalan dilaksanakan setelah kembali ke tanah air.

Sumber kredit: Najmi Farisham Top image: Photo by konevi from Pexels.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/oNhFqV_vqVs

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI