Nasi Kahwin Hari Hari — Ini Antara Port Lauk Melayu Kat Celah Bukit Bintang

Gian nak feel pergi kenduri masa cuti kat Kuala Lumpur nanti?

Cuba datang gerai Nasi Kahwin Hari Hari.

Sesuai dengan namanya, menu kat sini, lauk kenduri orang Melayu.

Jadi anda akan dapat layan nasi hujan panas, dengan lauk ayam ros dan daging masak hitam.

Untuk sayur, macam biasa, sayur orang kahwin macam dalca dan acar timun buat lengkap juadah anda.

Memang lain sikit feel bila sini. Rasa balik kampung pergi kenduri saudara mara.

Tapi janganlah pula datang dengan isteri untuk sambut anniversary. Sebab ia warung celah lorong. Takut seminggu isteri muncung.

Bila Operasi?

Warung kat Bukit Bintang ini dibuka seawal 10:30 pagi.

Kalau datang waktu lunch, memang ada kemungkinan beratur nanti.

Dan sebab tempat duduk terhad, susah pula nak cari kerusi.

Dan ia tutup pukul 5:30 ptg.

Bila dah petang, mereka tutup lauk kenduri. Mereka buka lauk gulai ikan temenung dalam claypot pula. Sampailah 10:30 malam.

Harga?

Last kami check (16 Mac 2022), harga set lauk kenduri sini harganya RM 9.

Kalau nak lauk extra, kena tambah RM6 untuk setiap lauk.

Tempat ini sebenarnya dah ada bertahun dulu. Cuma akhir-akhirnya jadi viral.

Apapun, ia antara tempat makan kat Bukit Bintang yang boleh anda cuba — lagi-lagi kalau dah lama tak pergi kenduri kahwin sejak Covid melanda.

So, bila nak datang rasa lauk kenduri kat tengah bandaraya ?

Lokasi : Nasi Kahwin Hari Hari, Jalan Berangan, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
Kredit Gambar : FB Nasi Kahwin Hari Hari

JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL
Jomjalan