Sila hubungi untuk cek stok sebelum datang - Kami juga menawarkan harga borong dan boleh membekalkan barangan yang tak tersenarai
Please contact us to check stock before coming here - We also offer wholesale prices and can supply products that are not listed - Most product names are currently in Malay

Di bawah menunjukkan gambar pokok dewasa
Sila hubungi untuk mendapatkan gambar terkini anak pokok dalam stok

Penerangan

Anak Pokok Kesum

Kesum (Polygonum minus) adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Polygonaceae yang terdapat di Malaysia dan negara yang beriklim tropika. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Vietnam. Ia digunakan sebagai ulaman dan bahan untuk masakan seperti Asam Pedas dan juga Laksa Penang. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tanah lembab dan berair seperti di tepi kolam, tepi parit dan juga di kawasan kebun keliling rumah kampung (selalunya di tepi bilik air). Daun kesum merupakan bahagian yang paling banyak digunakan terutamanya dalam masakan. Ia akan menghasilkan rasa masam lemak dan aroma yang cukup menyelerakan setelah dicampurkan dalam masakan. Nama lain bagi kesum adalah seperti Chinese Knotweed (English), Duo mao lio (China), Surudo kudami (Jepun). Walau bagaimanapun ianya adalah spesis yang lain dari Kesum di Malaysia.