Kelahiran cahayamata pastinya mengembirakan setiap pasangan suami isteri. Lebih manis apabila tarikh kelahiran anak adalah sama.
Begitulah bertuahnya buat pelawak dan pengacara, Ajak Shiro menerusi instagramnya hari ini muat naik perkongsian bahawa anaknya mempunyai tarikh kelahiran yang sama. Begitu unik dan jarang-jarang berlaku bagi adik beradik.
Anak pertamanya yang bernama Jad Thaqif dilahirkan pada 25 March 2010 manakala anak keduanya, Had Thaqif pula dilahirkan pada 25 March 2013 dan akhir sekali bernama Nada Soffea dilahirkan pada 25 March 2015.
Selamat hari lahir untuk semua anak-anak Baba…Semoga kamu membesar jadi insan yang berguna dan taat kepada ibu bapa..
25/03/10/13/15
Jad Thaqiff
Had Thaqiff
Nada Soffea
.
*gambar pagi tadi nak gi sekolah
Hasil perkahwinan dengan pasangannya,seorang pendidik, Nur Afifah Amin, rata-rata warganet teruja melihat tarikh kelahiran yang sama.
Sumber: ajakshiro
Belian education toys menarik di sini
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bila Sistem Keluarga Harmoni, Sistem Rezeki Pun Ikut Harmoni Melimpah Ruah.
Apabila kita mendahulukan keluarga, maka rezeki akan melimpah ruah. Sanggup batalkan cuti, kurang lepak dengan kawan hingga lewat malam dan sebagainya adalah cara mengundang kunci rezeki melimpah ruah.
Ini diakui oleh Dr Taufiq Razif melalui perkongsiannya.
Batalkan cuti pun happy?
Baru ni dah plan macam macam dah. Siap nak ke Sabah lah, Langkawi lah dan macam macam tempat lagi.
Hari nak berangkat tu tiba tiba je rasa nak call mak di kampung. Bila tengah call, suara mak lain macam. Macam tak seceria biasa. Rupanya dah demam 4 hari dah. Katanya badannya penat sangat sangat.
Bila saya bagitahu je isteri saya yang mak saya tak berapa sihat di kampung, terus dia sendiri batalkan semua percutian kami.
” Ok abang, nabilah beli tiket flight untuk balik Terengganu sekarang “
Mengikut Priority System kami sepakati bersama, seorang suami MESTI dahulukan ibunya dibandingkan anak anak dan isterinya.
Tu yang isteri saya terus batalkan semua plan percutian kami sekeluarga tu bila tahu mak di kampung tengah tak berapa sihat.
Isteri saya tahu kalau dia ikut Priority System ni semua urusan hidup akan jadi lancar dan harmoni. Bukan harmoni secara kekeluargaan semata tapi rezeki pun jadi ikut harmoni sekali!
Kalau ikut Priority System ni, saya sebagai suami juga kena utamakan isteri saya dibandingkan kawan kawan. Tu yang saya tak lepak dengan kawan sampai lewat malam kalau benda tu membuatkan isteri di rumah gelisah dan risau dengan keselamatan suami.
Dalam Priority System ni semua pihak akan menjadi bahagia dan harmoni kerana harmonious system is always accompanied by harmonious events.
Kembali balik pada cerita kami balik kampung tu. Menakjubkan, masa balik kampung tu rupanya semua adik beradik yang seluruh penjuru Malaysia ni tergerak hati balik ke kampung juga padahal tak ada rancang apa pun.
Jadi, meriah lah rumah tu macam pesta Hari Raya. Mak yang tengah demam tu pun tiba tiba baik demamnya dan jadi lebih sihat. 2 hari sebelum balik tu kami semua sepakat nak pergi BBQ di La Hot Spring, tempat permandian air panas di Besut Terengganu.
Bila sampai sampai je di sana kami tiba tiba je diberikan Chalet VIP yang siap ada kolam jacuzzi yang air panasnya direct datang daripada perut bumi! Lebih menakjubkan lagi, kami diberi untuk duduk di Chalet VIP tu secara PERCUMA!
Itulah saya kata, bila sistem kekeluargaan kita dah harmoni, sistem yang lain pun akan ikut harmoni termasuklah sistem rezeki. Bila sistem tu dah serabut dan kacau bilau maka yang lain pun akan ikut kacau bilau.
Nak harmonikan rezeki? Harmonikan dulu sistem keluarga kita sendiri ❤️
#share
“Simpan Nama Sejak 7 Tahun Dahulu.” Genap 21 Hari, Ozlynn Wati Dedah Nama Anak. Nur Latifah Cherdiq Hanania Jadi Pilihan!
Selepas 21 hari melahirkan bayinya, Ozlynn Wati dan suami, Johan berkongsi nama anak keenam mereka. Nur Latifah Cherdiq Hanania menjadi pilihan pasangan suami isteri ini.
Pengumuman tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagram rasmi pasangan tersebut.Kata Ozlynn, nama tersebut sebenarnya telah pun disimpan lebih daripada tujuh tahun sebelum diberikan kepada anak bongsunya itu.
“Alhamdulillah genap 21 hari, lahirnya Nur Latifah Cherdiq Hanania di hari Jumaat yang indah pada 3 September. Nama yang telah disimpan 7 tahun dahulu. Akhirnya dapat juga kepada pemilik sebenar.
“Syukur kepada Allah kami diberikan peluang marasa nikmat sekali lagi. Bermata panda di malam hari. Berebut siapa nak bergendong baby. Tiga putera dan tiga puteri. Akhirnya suami kata ok cukup takat ini,” kongsinya lagi.
Ozlynn juga turut memberikan kata-kata semangat buat para ibu bapa yang sehingga kami masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.
“Kepada kesayangan kami yang masih belum punya rezeki, jangan putus asa. Sentiasa bersangka baik pada Allah. Kadang tanpa kita sedar ada nikmat lain yang Allah bagi tapi tetap kami mendoakan untuk kalian supaya Allah memberi peluang untuk kalian merasa nikmat hamil, melahirkan dan membesarkan anak sendiri.
“Semoga ada rezeki kalian. Ketahuilah tiada apa yg senang dalam dunia ini. Membesarkan setiap anak jugak ada ujiannya. Semoga kita semua sentiasa bersyukur atas nikmat dan ujian Allah. Ujian kami, kehilangan bonda tercinta,” kongsinya lagi.
Sumber: Instagram Jozlynnhanania
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Hasilkan 378 biji Pau Tema Jalur Gemilang, Wanita Ini Kesal Rasa Di Scam
Negara Malaysia sememangnya terkenal dengan kekreatifan berkenaan dengan makanan. Ada saja idea yang baru untuk menghasilka karya seni melalui makanan seperti menghasilkan pau bertemakan jalur gemilang.
Wanita ini meluahkan rasa terkilan dengan satu kumpulan media yang dipercayai terkenal, pada asalnya media tersebut membuat permintaan untuk hasilkan “Giant Flag Pau” dan membuat penggambaran dan akan memnyiarkan cerita berkenaan pau itu. Dipercayai mereka satu team bertungkus lumus dalam menyiapkan persiapan untuk menghasilkan ‘Giant Flag Pau’ namun beliau merakan seperti ditipu serta orang tidak menghargai usahanya
Setelah selesai photoshoot dan temuramah, didapati media tersebut tidak menayangkan kisah pau mereka.
“Anyway, kitaorang okay cuma time tu kecewa sikit lah dengan media tersebut sebab effort kita tak dipamirkan! And things like this never happened dengan semua media yang kita pernah kerjasama sebelum ni”
Meninjau ke ruangan komen, ada yang memberikan kata-kata semangat dan menjawab persoalan bagi pihak yang bekerja sebagai media. Kejadian ini terjadi pada bulan Kemerdekaan tahun lepas.
Tidak dinafikan, hasil tangan dalam menghasilkan pau yang bertemakan jalur gemilang ini memang mengagumkan. Mungkin dalam media, sesetangah tempat banyak prosedur dalam menghasilkan sesuatu artikel, ianya bergantung pada kehendak editor ataupun penceritaan yang menarik akan dipilih.
Mungkin rezekinya bukan disitu, tapi bila dah viral di laman twitter, Alhamdulillah rezki datang daipada situ. Apapun memang terbaik hasilnya! kreatif sungguh.
sumber : twitter fifahroslan