Jangan tak tahu, pokok semalu yang hidup meliar mempunyai manfaatnya yang tersendiri.
Ini seperti yang dikongsikan oleh Pauline Choi, dan menurutnya tumbuhan tersebut boleh menghalang tikus daripada merosakkan tanaman.
Saya tanam pokok Semalu berdekatan laluan tikus dan dekat tanaman untuk menghalang tikus dtg memakan pokok kubis dan cauliflower saya.
Tikus sangat takut pada pokok Semalu kerana ia mempunyai duri tajam yg berbentuk cangkuk. Tikus binatang bijak dia tak akan makan racun tikus.
Pokok Semalu ini juga sangat berkhasiat pada kesihatan (anda cari sendiri di google). Ia tumbuhan meliar ditepi jalan. Banyak didapati dibatas sawah seolah ia tumbuhan penghalang tikus dtg memakan pokok padi pesawah.
Kalau nak tanam dlm pasu pastikan pasu rendah jadi ia dapat menjalar ke atas lantai atau tanah. Kucing jiran dah lama tak datang berak dalam pasu sayur, tau takut dia dengan duri Semalu
Sumber : Pauline Choi
Buat Sendiri Baja Guna Yakult & Telur Untuk Suburkan Tanaman Pokok Bunga, Sayur. Seminggu Boleh Nampak Hasil!
Cara nak buat baja untuk pokok bunga mahupun sayuran mudah aje. Tak perlu guna tenaga beria. Dah jadi nanti, cuma siram dan lihat keajaibannya. Kalau sebelum ini admin kongsikan tip menggunakan roti. Kali ini kita cuba pula guna yakult dan juga telur.
Tip ini dikongsikan oleh Muniyati Mohamad menerusi page Berkebun Di Rumah.
Jom buat baja yakult + telur.
Cuma guna sebotoi yakult gan 2 biji 🥚🥚, telur tu saiz apa pon tak pa.
Kalau nak buat kuantiti banyak, pandai2 la adjust nisbah dia.
Cara dia campur telur dengan yakult dalam satu bekas yg boleh tutup rapat, campur dan goncang2.
Peram dalam 3 hari, dah 3 hari boleh la ambil 2-3 sudu peraman campur gan 1 liter air.
Lg best campur dgn air hujan, air tapis atau air basuhan beras, tapi kalau dah tak dak, buh air paip pon boley.
Dah masuk dalam botol spray tu kan, yg balance tu boleh simpan dalam peti ais. Tapi jangan duk buat minum pulak 🙊
Kalau nak siram ke tanah pon sama ja. Campur pas tu siram..
Segala jenih pokok boleh, pokok bunga 🌷🌹🌻🌺, pokok sayuq 🥬🥒🥦🌶️🌽, pokok buah 🍈🥭🍓🍇🍉 spray ja, siram ja. Kekerapan siraman bergantung pada kerajinan masing2.
Spray/ siram pagi2 nah..selalu pokok bunga sy spray, pokok sayur sy siram..
Tu hasil dalam seminggu lebih kena spray/siram. Daun dia mak aii besaq gedabakk. Pucuk mencacak naik. Bunga pon makin meriah. Buah pon tembun2.😁
Indoor plant sy tak letak..hehe paham2 la kenapa yer..bau asham sikit ayaq ni..
Pakar Family Coaching & Therapy Ni Kongsi Cara Nak Sayangi Anak Remaja. Jom Buat!
Perkongsian daripada Encik Mohd Rizal Mohd Rais yang juga merupakan petugas NLPt Psychotherapist di Hentian Dengar & Rawat (pusat terapi keluarga) di Taman Molek, Johor Bahru, tentang mengetahui tanda anak remaja kurang dapat kasih sayang ibu dan ayah ini elok difahami.
Ini penting agar kita dapat berikan kasih sayang sepenuhnya dan anak-anak tahu pula menilai dan hargainya.
Terdahulu, Encik Muhd Rizal turut menjelaskan fokus HDR (Hentian Dengar Rawat) adalah Family Coaching & Therapy iaitu membantu keluarga dalam pembangunan mental, emosi & tingkahlaku anak-anak serta juga kemahiran keibubapaan.
Ayuh semak perkongsian bermanfaat ini.
Salah satu tanda anak remaja kurang dapat kasih sayang ibu ayah ialah lihat bagaimana cara anak peluk ibu ayah.
? Ketika ibu ayah peluk anak-anak, perhatikan cara anak kita balas pelukan kita.
? jika cara dia peluk kita tidak seerat kita peluk dia, maka itu lah tandanya. Terutama 10 tahun ke atas.
Anak yang jarang di peluk akan kurang merasai kasih sayang. Bila anak kurang merasai kasih sayang, kesannya anak tidak akan tahu bagaimana nak menunjukkan kasih sayang mereka.
Terutama kepada ibu ayah dan adik beradik.
Kesan lain :
1. tidak pandai menghargai.
2. kuat melawan.
3. degil.
4. kurang berkomunikasi bersama keluarga.
5. hubungan tidak mesra.
6. mencari kasih sayang bersama pihak ke3.
Dan bermacam lagi masalah emosi yang akan membawa kepada masalah sosial yang lain.
Apa nak buat :
1. peluk anak setiap hari dan sekerap yang boleh.
2. bila peluk, katakan betapa kita sayangkan mereka.
3. sambil peluk selawat 3x dan doakan kebaikan anak.
Amalkan sekerap mungkin dan InsyaAllah hati anak akan tenang, emosi akan stabil dan mereka akan mudah diurus.
Moga Allah merahmati usaha kita semua.
Sumber: Mohd Rizal Rais
Buat Sendiri Choco Jar Terlajak Sedap. Cukup Mudah, Guna 3 Bahan Ni Jer. Memang Puas Hati Makan!
Cara mudah membuat kudapan ini di rumah. Hanya menggunakan 3 bahan ringkas ini je.Jom tengok resepi perkongsian Norhamiza ini.
Mudah sangat, tak perlu lagi nak beli di luar. Sesuai jika anak-anak suka makan. Memang boleh habis sebalang ni. Nak nak lagi makan sambil mengadap televisyen kan.
Bile buat sndri choco jar naa puas hati..kruk2 dpn tv boleh hbis sebalang..cume gune 3 bahan sahaja..sesuai bg ank2 yg suke mkn.
Bahan-bahan
small coco crunch 500 gram
coklat berly 500 gram
minyk masak setgh cawan
Cara membuat:
cairkn coklat gune teknik double boil letk minyk ckit x bg beku semula bile dh sejuk…depend la nk gune coklat ape2 pun boleh ikut citrase masing2.