fbpx

Pasal apa nak bercerai? – Che Ta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rozita dan suaminya, Zain

PETALING JAYA – Aktres je­lita Rozita Che Wan menafikan sekeras-kerasnya rumah tangga­nya dengan suami, Zain Saidin kini di ambang perceraian.

Pemilik nama lengkap Rozita Abu Bakar itu ketika dihubungi Kosmo! semalam berkata, tiada sebab langsung perkahwinannya dengan suami bergolak dan menuju perceraian hanya kerana jarang berkongsi gambar dalam Instagram.

“Masya-Allah mana ada. Pasal apa nak bercerai, orang tu nak Zain ke? Baru semalam kami sembahyang tarawih anak-beranak.

“Zain memang jarang nak ambil gambar pun. Dia bukan macam saya. Tengok sendiri akaun Instagram dia memang bukan jenis rajin upload gambar pun,” katanya.

Mengulas lanjut, pelakon jelita yang cukup dikenali menerusi drama komedi Kiah Pekasam itu berkata, adat perkahwinan memang ada pasang surut, namun hubungannya dengan suami baik-baik sahaja.

“Saya pun pelik keluar cerita macam ini. Kami tak bergaduh pun. Kami dah faham pera­ngai masing-masing. Jadi, tiada masalah.

“Kami baru sahaja selesai mencari sampin raya. Kami dalam perjalanan nak pergi berbuka puasa di rumah adik saya,” katanya yang mesra disapa Che Ta.

Rozita, 47, mendirikan rumah tangga dengan Zain, 37, pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya wanita, Aaisyah Dhia Rania yang kini berusia tujuh tahun.

Terdahulu, Rozita turut mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan bersama suami pertamanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI