fbpx

Gastak umum keluar PSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraidin menunjukkan notis pengunduran Gastak daripada PSM pada sidang akhbar di Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Gabungan Sepak Takraw Kelantan (Gastak) secara rasmi mengumumkan pengunduran daripada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) berkuatkuasa hari ini.

Berita mengejutkan itu diumumkan oleh Presiden Gastak, Zuraidin Abdullah dalam satu sidang akhbar khas hari ini.

Zuraidin berkata, keputusan itu diputuskan oleh semua ahli jawatankuasa Gastak yang bersepakat untuk keluar daripada PSM selepas hukuman penggantungan selama 15 tahun Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail oleh Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) pada 5 Mei lalu.

“Kami mengambil langkah ini bertujuan untuk memulihkan semula maruah dan pembangunan sukan sepak takraw di setiap peringkat.

“Gastak berpendirian bahawa sudah tiba masa seluruh pentadbir diperingkat nasional atau negeri mengambil tanggungjawab dengan menetapkan arah tuju lebih jelas demi kelangsungan sukan ini pada masa depan,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Muhammad IV di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI