fbpx

‘Ismail’ dapat makan percuma ikan patin tempoyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Ikan patin tempoyak yang merupakan sajian tradisi masakan orang Temerloh, Pahang bakal menjadi hidangan percuma kepada mereka yang mempunyai nama Ismail di Restoran Temerloh Catering, Seksyen 15 di sini.

Pemberian hidangan itu susulan pelantikan rasmi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri (PM) kesembilan, semalam.

Restoran itu dalam hantaran di Facebook rasminya memaklumkan orang ramai hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai pengesahan bagi mendapatkan hidangan tersebut.

“Syaratnya hanya kepada sesiapa sahaja bernama Ismail, bin atau binti Ismail dan alamat rumah mempunyai perkataan nama itu. Promosi hidangan itu hanya terhad kepada 100 orang pertama sahaja,” katanya.

Restoran itu menjelaskan, langkah itu sebagai tanda sokongan dan mengalukan pelantikan Ismail Sabri yang merupakan orang Temerloh. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI