fbpx

Polis jaga sempadan negara, kawalan lebih berfokus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BUKIT KAYU HITAM – Penugasan dan operasi kawalan sempadan negara akan menjadi lebih fokus dan berstruktur apabila peranan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) diletakkan sepenuhnya di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, PDRM menerusi Pasukan Gerakan Am (PGA) akan meneruskan semua fungsi dan peranan yang telah dilaksanakan Aksem di seluruh sempadan negara melalui peruntukan undang-undang sedia ada.

Kata beliau, penugasan di sempadan akan menjadi lebih berkesan apabila perintah dan kawal (command and control) dapat dilakukan secara terus dan lebih mudah.

“Bila kita gabung semua dalam operasi (kawalan sempadan), jadi pengurusannya iaitu dari atas turun ke bawah dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berstruktur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Tugas dan Fungsi Aksem kepada PDRM di Kompleks Aksem di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Hamzah berkata, kedudukan Malaysia yang strategik di Asia Tenggara menjadikan pengurusan dan pengawalan sempadan negara ini sangat mencabar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI