fbpx

Tambahan pos di Sabah, Sarawak tingkat kawalan sempadan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazlan (kanan) melawat kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Jeti Pengkalan Marin, Tumpat hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

TUMPAT – Penambahan lapan pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sabah dan Sarawak dilihat mampu meningkatkan persiapan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengawal sempadan negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, penambahan itu perlu ekoran PGA kini mengambil alih fungsi dan peranan Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM).

Menurutnya, dengan tambahan lapan pos itu, ia juga berupaya untuk memastikan kawalan sempadan Sabah dan Sarawak dapat dipertingkatkan secara berterusan dengan kawalan anggota penguat kuasa.

“Satu pos Batalion 16 PGA ditempatkan di Pos Pagalungan, Keningau di Sabah manakala Batalion 10 PGA di Sarawak melibatkan Pos Tapak Megah, Belaga dan Pos Ulu Sungai Paku – Undop, Sri Aman.

“Bagi Batalion 11 PGA di Sarawak, tugasan mereka melibatkan Pos Biawak di Lundu, Pos Raso (Lundu), Pos Sebubok (Bau), Pos Sapit (Padawan) dan Pos Temong Mura (Serian),” katanya pada Majlis Lawatan Kerja dan Tinjauan Di Sempadan Malaysia-Thailand menerusi Op Benteng di Jeti Pengkalan Marin, Sungai Golok di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI