fbpx

Pintu sempadan negara dibuka 1 April ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malaysia bakal beralih kepada fasa endemik dalam pengurusan Covid-19 bermula 1 April depan setelah mengambil kira pelbagai faktor, melakukan penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta meneliti syor daripada Menteri Kuartet.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengumuman ke fasa endemik itu dibuat sebagai satu strategi untuk membolehkan rakyat Malaysia menjalani kehidupan normal selepas dua tahun berperang dengan virus pembunuh itu.

“Negara bakal memasuki fasa endemik bermula 1 April depan, namun begitu pelitup muka masih diwajibkan kepada setiap individu yang berada di negara ini.

“Bukan itu sahaja, had operasi perniagaan juga akan dimansuhkan mengikut syarat lesen yang telah ditetapkan sebelum ini, maknanya rakyat sudah boleh makan di restoran 24 jam,” katanya dalam sidang akhbar khas di Parlimen hari ini.

Tambah Ismail Sabri lagi, masjid, surau dan rumah ibadah lain juga telah dibenarkan untuk melaksanakan ibadah tanpa penjarakan fizikal satu meter seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Ini isu yang sangat dinantikan oleh semua rakyat, walaubagaimanapun perlu diingatkan soal agama ini adalah tertakluk kepada kerajaan negeri dan sultan masing-masing keputusan akan ditetapkan oleh kerajaan negeri selepas ini.

“Semua rakyat turut dibenarkan untuk merentas negeri tanpa ada syarat status lengkap vaksinasi, rakyat yang lengkap dua dos atau yang tidak ada vaksin turut dibenarkan untuk merentas negeri,” ujarnya.

Sementara itu, pintu sempadan negara juga turut dibuka pada 1 April nanti, rakyat Malaysia dibenarkan untuk mengembara ke mana-mana negara pilihan mereka.

Katanya, bagi pengembara luar yang lengkap status vaksinasi mereka dan ingin memasuki pintu negara tiada lagi tempoh kuarantin ditetapkan.

Namun begitu, mereka perlu melakukan pemeriksaan RT-PCR dua hari sebelum berlepas ke Malaysia serta melakukan pemeriksaan RTK-Ag (profesional) dalam tempoh 24 jam selepas memasuki negara ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI