fbpx

‘Ingatkan scammer, rupanya betul saya menang Proton’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Rozairen dan isteri, Siti Nadiah menerima hadiah utama cabutan bertuah Melgran di Jalan Hang Tuah, Melaka, malam tadi.

MELAKA – Seorang ahli fisioterapi tidak menyangka belian baju raya anaknya di Melaka Grand Ramadan Bazar (Melgrab) di Jalan Hang Tuah di sini yang berjumlah RM150 membawa pulangan rezeki sebuah kereta bernilai RM50,000.

Muhammad Rozairen Hairuddin, 30, diumumkan sebagai pemenang hadiah utama cabutan bertuah Melgrab yang membawa pulang sebuah Proton Saga 1.3 AT Premium.

Katanya, pada awalnya dia menyangkakan telah menerima panggilan daripada scammer apabila dimaklumkan telah memenangi sebuah kereta Saga bernilai RM50,000 kira-kira pukul 10.45 malam kelmarin.

“Saya ingat scammer sebab tiba-tiba sahaja bagitahu saya pemenang bertuah dan dapat hadiah sebuah kereta sedan.

“Bagaimanapun kemudian pihak penganjur menerangkan mengenai pembelian saya di bazar Melgrab dan saya merupakan pemenang hadiah utama cabutan bertuah yang dilakukan mereka secara ‘Live’ (siaran langsung) di Facebook,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui bersama-sama isterinya Siti Nadiah Zulkifly, 30, dan anak Firaz Nadhif berusia tiga tahun di Melgrab di Jalan Hang Tuah, di sini, malam tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI