fbpx

Orang utan hisap rokok cetus kemarahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video tular yang memaparkan orang utan sedang menghisap rokok seperti manusia. - CEN

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam – Sebuah rakaman video memaparkan seekor orang utan menghisap rokok yang dibuang ke dalam kandangnya di sebuah zoo di Vietnam, lapor akhbar Daily Star UK.

Video orang utan jantan sedang duduk di atas lantai sambil memegang rokok di antara jarinya seperti manusia itu dirakam di Zoo dan Taman Botani  Saigon di Bandar Raya Ho Chi Minh.

Mamalia itu kemudian memerhatikan orang ramai sebelum menghisap rokok itu dan memadamkan puntungnya pada permukaan batu.

Spesies beruk hampir pupus yang berasal dari Borneo itu kemudian memeriksa puntung rokok berkenaan untuk memastikan ia dipadamkan dengan betul.

Pihak Zoo Saigon mendakwa bahawa orang utan itu tidak diberikan  rokok tetapi menemuinya selepas dibaling oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab.

Seorang jurucakap zoo tersebut berkata,  pengunjung zoo terutamanya  orang tempatan tidak mempedulikan arahan agar tidak membaling apa-apa jenis sampah atau makanan ke dalam kandang orang utan.

“Orang ramai sering membuang benda ke dalam sangkar haiwan dan orang utan belajar cara menggunakan objek ini dengan melihat cara manusia menggunakannya,” ujarnya.

Katanya, kakitangan keselamatan zoo tidak mempunyai keupayaan untuk mengawasi tindakan pengunjung pada setiap masa. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI