fbpx

[VIDEO] Kucing lompat, panjat badan imam di Algeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan seekor kucing melompat ke arah dada Imam Walid Mehsas dan bahunya ketika beliau mengimami solat Tarawih di sebuah masjid di Bordj Bou Arreridj pada Isnin lalu. - Foto Newsroom Post

ALGIERS – Seekor kucing melompat pada jubah seorang imam ketika solat Tarawih di sebuah masjid di Bordj Bou Arreridj, Algeria pada Isnin lalu, lapor portal berita Insider hari ini.

Kucing itu pada mulanya, muncul di bahagian kanan iman berkenaan, Walid Mehsas ketika dia membacakan surah al-Fatihah dan mengiau sebelum memanjat jubah Walid, seolah-olah bagi memberitahu tentang kehadirannya.

Kucing itu kemudian beralih dan berlegar-legar di tepi perabot dekat bahagian kanan imam tersebut dan satu ketika memasuki bawah jubah imam yang sedang berdiri itu.

Ia kemudian melompat ke bahagian dada imam berkenaan. Walid cuba memegang kucing dengan tangan kanannya sebelum kedua-dua tangannya memegang haiwan itu.

Kucing itu kemudian melepaskan diri dan memanjat bahu imam tersebut. Ia juga cuba menjilat pipi Walid sebelum ia melompat turun.

Video itu kemudian dikongsi di laman Twitter oleh seorang pengguna bernama Alateeqi dan ia menerima pelbagai komen daripada netizen seperti ada yang menganggapnya sangat lucu. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI