fbpx

Mahkamah: Pas diarah kosongkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu, unsur sogokan dibuktikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zubir (hadapan, kanan) dan Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahamad Said (hadapan, dua dari kanan) membaca doa kesyukuran berjaya dalam pestisyen membatalkan keputusan PRU15 Parlimen Kuala Terengganu di Mahkamah Pilihan Raya Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Pilihan Raya Terengganu hari ini membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim bagi Parlimen Kuala Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Keputusan petisyen Parlimen Kuala Terengganu memihak Barisan Nasional (BN) tersebut dibacakan Hakim Mahkamah Pilihan Raya Negeri, Datuk Seri Mohd. Firruz Jaffril.

Beliau memutuskan demikian selepas berpuas hati wujud unsur rasuah dan sogokan sewaktu kempen Pas di kerusi Parlimen itu pada PRU15.

Sehubungan itu, Mohd. Firruz memerintahkan Ahmad Amzad selaku responden membayar kos sebanyak RM50,000 kepada pempetisyen iatu Datuk Mohd. Zubir Embong.

Beliau juga membenarkan penangguhan keputusan sebelum memfailkan pergantungan Ahmad Amzad sebagai Ahli Parlimen bagi membolehkan responden mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari.

Pada PRU15, Ahmad Amzad mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu buat penggal kedua dengan majoriti 40,907 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI