fbpx

Konflik Palestin-Israel : Selangor salur RM1 juta bantu rakyat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan menyalurkan bantuan RM1 juta ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang diseliakan Kementerian Luar Negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan RM1 juta itu bertujuan mengurangkan kedukaan dan
kesengsaraan rakyat Palestin.

“Bantuan ini juga diharap menjadi sebahagian daripada usaha kolektif masyarakat dan negara seluruh dunia.

“Ia bagi mengangkat prinsip keadilan dan menentang keganasan yang berlaku ketika ini,” katanya hari ini.

Tambah beliau, tindakan korup dari segi prinsip dan moral angkara rejim telah menyebabkan sehingga 4,000 nyawa rakyat Palestin terkorban sehingga kini.

Ujarnya, ketika ini seluruh komuniti antarabangsa bertanggungjawab mengetepikan segala perbezaan dan menyokong gencatan serangan.

“Ini termasuk memberi laluan supaya bantuan kemanusiaan dapat disegerakan secara selamat ke Semenanjung Gaza kepada mangsa terutama wanita, kanak kanak dan warga emas,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI