fbpx

Terkejut harga lauk sotong RM50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar resit sebuah restoran popular di Kota Kinabalu yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Seorang pelanggan terkejut selepas mendapati lauk seekor sotong manis yang dimakan bersama nasi di sebuah restoran popular di Kota Kinabalu, Sabah berharga RM50.

Perkongsian yang dimuat di aplikasi X itu mendapat perhatian ramai sehingga tular di media sosial hari ini.

Sehubungan itu, dia mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati jika ingin menikmati makanan laut di negeri berkenaan kerana menganggap harganya mahal.

“Orang selalu cakap seafood dekat Kota Kinabalu ini murah, tapi memang betul. Dia caj RM50 sahaja untuk seketul sotong! Murah gila! Dekat KL pun tak dapat harga macam ni,” tulisnya sinis.

Lelaki itu turut berkongsi resit dan gambar hidangan sotong yang bersaiz agak sederhana dan dinikmati bersama nasi putih dan tauge.

Resit itu memaparkan harga bagi seekor sotong goreng manis adalah RM50, manakala dua pinggan nasi putih berharga (RM4), ayam (RM7), sepinggan sayur (RM3), ulam-ulaman (RM4), milo ais (RM4) dan lemon ais (RM3).

Selain itu, seorang lagi pelanggan turut berkongsi gambar resit yang dikeluarkan di restoran sama pada pukul 1.33 tengah hari beberapa hari lalu sehinggakan mereka dikenakan bayaran RM60 untuk seekor sotong.

Sehingga kini hantaran itu telah menjadi tular di aplikasi X dengan menerima sebanyak 14,200 tontonan sejak dimuat naik tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI