fbpx

Dilarang main bunga api selepas pukul 12 tengah malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan supaya bermain bunga api di kawasan yang lapang supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Deputi Komisioner Alzafny Ahmad berkata, masyarakat juga diingatkan agar tidak bermain bunga api melebihi 12 tengah malam yang boleh mendatangkan kacau ganggu atau bahaya kepada umum.

“Sekiranya ingkar, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955, (Akta 336) atau Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 yang boleh dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

“Penjualan bunga api secara dalam talian juga adalah dilarang sama sekali dan menjadi kesalahan di bawah Seksyen 8 AKta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) yang mana boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,00 atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, sebanyak 45 jenis bunga api diluluskan untuk dijual sejak 2018 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan.

Katanya, jualan umum bunga api hanya dibenarkan sewak perayaan Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Krismas, Gawai, dan Keamatan

“Syarat yang perlu dipatuhi oleh peniaga adalah hendaklah mempunyai tempat simpan selamat yang telah disahkan oleh bahagian persenjataan PDRM selain mempunyai lesen dan tidak boleh dipindah milik.

“Seterusnya, hanya pemilik lesen sahaja yang dibenarkan menjual bunga api diikuti satu lesen hanya boleh dikeluarkan kepada satu pemohon di satu lokasi sahaja dan tidak boleh jual bunga api pada pembeli kurang dari 18 tahun,” katanya.

Beliau berkata, selain Pop-pop, 35 jenis bunga api yang dibenarkan dijual adalah jenis Happy Boom: Glow of Sunset, Sunset Bar, Glories, Flower Silver Cracking Rain, Birthday Candle, Dush 20 (Roman Candle), Dush 30 (Roman Candle), 10 Shoots (Roman Candle), 8 Shoots Roman Candle (New) dan Happy Boom Sun Sparkles.

Diikuti dengan Happy Boom: Colour Sun Sparkle (18 inci besi warna), Fountain, Happy Boom 10 inci Ice Cream (Fountain), 15 inci Ice Cream (Fountain), 13 inci Conic (Fountain), Mini Ice Cream (Fountain), Peacock Fountain, Happines Fountain, Ground Boom Flower dan Happy Boom Camelia Flower.

Selain itu, Happy Boom: Firework, Pili Cracker, Pili Cracker 3 Minutes, Moon (Rockets), Thunder Clap (Rockets), Top Gun (UFO), Top Gun, Sky Dragon (New), Happy Boom 14 inci besi, Bee, Mancis, Cili Padi, Party Pooper, Banana Kecil dan Happy Boom Banana Rain.

Tambah beliau, terdapat sembilan jenis bunga api ‘Happy Boom’ bagi kategori jualan umum yang tidak boleh diniagakan oleh peniaga kecil, peruncit dan pasar raya.

Ia terdiri daripada Happy Boom Red Cracker (8 inci), Red Cracker (Cake), Celebration Red fire Cracker, Assorted Celebration Cake Repeater (1 inci 49 shot), Assorted Celebration Cake Repeat (1.5 inci 138 shot), Shoot Cake (1 inci 16 shot), Shoot Cake (1 inci 25 shot), Shoot Cake (1 inci 36 shot) dan Happy Boom Tikus 50 (50 Missile). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI