Port lepak orang KL! TAMAN BOTANI PERDANA 🌳

Dalam taman ni ada Pulau! Korang tahu ke kat mana?

Hi lovely! 👋🥰 Harini aku nak bawak yugais ronda-ronda kat dalam taman. Taman bukan sebarang taman ya.. Taman ni adalah taman tertua & terbesar kat Kuala Lumpur!! Wahhhh.. 😍

ATTRACTIONS :

1- LAMAN PERDANA 🎪

Dibina dengan bentuk simetri, nampak sangat unik! Dah tentu lah jadi lokasi bergambar paling epik kat kawasan ni. Boleh jugak rehat dan berteduh dibawahnya. Maklumlah dah penat ronda satu taman kan.. Kawasan ni juga ruang untuk bermain roller blade! Syoknye...

2- TAMAN HERBA 🍁

Pelbagai herba & rempah yang ditanam kat sini. Boleh lah kita tengok sambil mengetahui setiap khasiat pada pokok herba. Ehh sesuai sangat kalau buat rombongan budak sekolah kesini!

3- PULAU CYCAD 🏞️

Korang tahu ke Cycad tu apa? Tu adalah nama sejenis pokok. Yt macam pokok palma tu. Nak ke pulau ni cuma seberang jambatan je. 😁 Takyah naik bot ye..

4- BAMBOO PLAY HOUSE 🌿

Korang masuk kat pulau cycad baru jumpa bamboo playhouse ni. Sebuah rumah pondok yang dibina menggunakan buluh! Boleh duduk rehat dan ada yang celebrate birthday kat sini lah. 🎉🎂

5- TAMAN ORKID & BUNGA RAYA 🌸 🌺

Terdapat lebih kurang 5000 spisis bunga orkid yang ada kat dalam taman ni!! Cantiknyaaa.. Begitu juga bunga raya, rambang mata tengok kecantikan bunga yang berlainan warna kat sini. Peminat orkid dan bunga raya hadirkan diri!.

KEMUDAHAN:

* Kedai cenderehati

* Surau

* Cafe

* Tandas

* Car park

* Screen panggung

* Taman permainan

Macam mana, menarik kan? Boleh lah korang datang kesini hujung minggu nanti! 💐

/Taman Botani Perdana

7pagi - 8malam

#WeekendActivity #wheretogo #wheretogoinKL #tamantasikperdana #tamanbotaniperdana #placestovisit

Taman Botani Perdana
2023/12/22
Cari ·
taman tasik titiwangsa