Murtabak Maggi Simple Recipe

Hi semua! Lapar lah kan rasa nak masak something tapi dekat rumah sekarang ni ada maggi dengan telur je. Apa kata kita buat murtabak maggi? 🙇🏻‍♀️

Senang je cara cara nak masak murtabak maggi ni. 👩🏻‍🍳🍜

Bahan bahan:

- 1 bungkus maggi kari

- 3 biji telur

- Lobak merah

- Bawang kecil

- Cili besar

- Cili padi

Cara-cara nak buat murtabak maggi:

1) Pecahkan 3 biji telur ke dalam mangkuk & masukkan jugak perencah maggi kari. Maggi perasa lain tak pernah cuba, tapi saya rasa maggi kari paling sesuai untuk buat murtabak!

2) Potong bahan-bahan seperti lobak merah, bawang kecil, cili besar & cili padi supaya ada rasa rangup dekat dalam murtabak maggi tu nanti. Kalau nak rasa lagi pedas, boleh tambah lebih cili padi. Jangan lupa masukkan sedikit sahaja garam kerana perencah maggi tu dah masin.

3) Rendamkan maggi dalam air panas. Jangan terlalu kembang nanti murtabak maggi tak jadi! Rendamkan sekejap je. Lepastu masukkan sekali dalam mangkuk telur tadi.

4) Panaskan kuali & tuangkan sedikit sahaja minyak. Tak perlu minyak yang terlampau banyak nak elakkan murtabak jadi terlalu lembik. Pastikan guna kuali yang kecik supaya isi murtabak nampak lebih tebal.

5) Kemudian, masukkan bahan bahan tadi ke dalam kuali. Tunggu sehingga garing baru flip murtabak maggi.

6) Dah siap boleh hidangkan bersama sos cili & juga bawang goreng di atas! Selamat mencuba

Haa senangkan nak buat murtabak maggi ni? Sesuai untuk supper kalau tak tahu nak makan apa kan 🥰 #murtabakmaggisimplerecipe #cookingwithlemon8

2022/7/24
Cari ·
roti maryam resep