Sup simple lobak putih

SUP LOBAK PUTIH

BAHAN-BAHAN

✨1/2 ekor rangka ayam

✨1 batang lobak putih.

✨2 ulas bawang merah

✨2 ulas bawang putih 1/2 inci halia

✨1/2 sudu kecil serbuk pati ayam Garam secukup rasa Perencah sup sayur Adabi

CARA-CARA

1. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Masukkan 3 cawan air, rangka ayam, dan perencah sup sayur adabi.

3. Biar ia mendidih selama 15 minit kemudian. masukkan serbuk pati ayam dan garam.

4. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.

5.Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.

6. Boleh dihias dengan daun bawang,daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.

Info

Lobak putih dikatakan berkhasiat utk merawat darah tinggi, masalah kencing tidak lawas, masalah sistem penghadaman dan dapat juga membantu membanyakkan susu bagi ibu-ibu yang menyusu.

#Malaysia #simplerecipe #RacunLemon8

2022/9/24 Edited to