MUST TRY FOOD IN TERENGGANU ⚫️⚪️

Hola!

Kalau korang datang terenggani, ini adalah makanan wajib yang korang perlu cuba ✨

Banyak makanan dorang diperbuat daripada ikan and memang sedap! I memang suka lah makanan terengganu ni, terutama sekali SATAR 🤍

OTAK OTAK -

Otak otak terengganu ni memang berbeza sikit dengan otak otak johor. Otak otak terengganu ni memang 💯 isi ikan. Disalutkan/disapu dengan sambal. Memang sedap. Isi ikan tu pehhh memang penuh.

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

SATAR -

Satar ni memang lambang terengganu lah kot kan hahaha tak sah kalau singgah terengganu, tak pekena satar kan? Yang ni memang sedap, rasa isi ikan campur kelapa dan bahan lain memang well blended lah!

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Keropok lekor -

Keropok lekor ni memang semua orang tahu and pernah rasa kan? Tapi, rasa asli keropok lekor dekat terengganu ni memang tak boleh ditandingi lah. Rasa ori ikan tu memang padu.

Laksam -

Laksam ni memang makanan orang pantai timur, kelantan-terengganu. Kat sana memang laksam terbaik sangat. Kuah menggunakan isi ikan yang banyak, memang rasa lemak nya, manisnya, memang secukup rasa. Tambahan sambal tu pehhh memang sampai sekarang I terliur tau hahaha

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

If korang ke terengganu, i recommend korang untuk cuba Satar dan otak otak. Dekat sana memang sedap. Harga pun tak lah mahal sangat.

Selamat mencuba ✨

#RacunLemon8 #jalanjalanwithputeri #makanwithputeri #food #terengganu

2022/5/13