Idea Lauk & Sayur Simple Untuk Sahur Part 1

Hai korang ๐Ÿฅฐ jom sis share hidangan sahur sangat simple tapi menyelerakan. Masa memasak pun sekejap je

1. Ayam goreng air fryer

โ—ฆ Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit, garam dan pes bawang putih

โ—ฆ Goreng menggunakan air fryer selama 15-20 minit suhu 180 degree celcius

2. Sambal telur pecah bersama bilis rangup

โ—ฆ Goreng ikan bilis hingga rangup. Angkat dan toskan minyak.

โ—ฆ Panaskan sedikit minyak, masukkan ibu sambal dan sedikit air. Pecahkan telur. Tutup pan untuk biarkan telur mengeras. Kemudian taburkan bilis goreng tadi.

3. Bayam rebus

โ—ฆ Didihkan air bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan lada sulah. Kemudian masukkan bayam dan bebola jika suka. Perasakan dengan garam. Bila bayam lembut tutup api dan taburkan bawang goreng.

#RamadanEats #simplecookingideas #simplemenu #lemon8food #lemon8cook #ideaiftar #ideasahur

2023/3/10
Cari ยท
resepi sayur