Idea Lauk & Sayur Simple Untuk Sahur Part 1

Hai korang 🥰 jom sis share hidangan sahur sangat simple tapi menyelerakan. Masa memasak pun sekejap je

1. Ayam goreng air fryer

◦ Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit, garam dan pes bawang putih

◦ Goreng menggunakan air fryer selama 15-20 minit suhu 180 degree celcius

2. Sambal telur pecah bersama bilis rangup

◦ Goreng ikan bilis hingga rangup. Angkat dan toskan minyak.

◦ Panaskan sedikit minyak, masukkan ibu sambal dan sedikit air. Pecahkan telur. Tutup pan untuk biarkan telur mengeras. Kemudian taburkan bilis goreng tadi.

3. Bayam rebus

◦ Didihkan air bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan lada sulah. Kemudian masukkan bayam dan bebola jika suka. Perasakan dengan garam. Bila bayam lembut tutup api dan taburkan bawang goreng.

#RamadanEats #simplecookingideas #simplemenu #lemon8food #lemon8cook #ideaiftar #ideasahur

2023/3/10
Cari ·
makanan untuk jamuan